Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

MERDEKA....! MERDEKA...! MERDEKA...!

PANTUN MERDEKA MEREDAH SASA BUMI MELAKA, AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA, TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN. BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA, INDAH REDUP DIHIAS MELATI; SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA, NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI. RAWA DI TANJUNG KEMAS DIPAKU, DI DADA JEJAWI BERSILANG HIASAN; JIWA MEYANJUNG LAGU NEGARAKU, TANDA PERTIWI DIJULANG WARISAN. AWAN TENANG BERSERI HIASAN, KEDIDI DI HUTAN RIUH BELAKA; PAHLAWAN DIKENANG WATAN WARISAN, MENJADI IKUTAN RAKYAT MERDEKA. HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA, DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI; TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA, DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI. REMAJA KINI MENJULANG NUSA, BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN; MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA, DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN. CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH, GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP; ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH, NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 dan TUNGGAK 12

TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 (PIPP) Membina Negara Bangsa dengan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Membangunkan Modal Insan dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan melalui peluasan program prasekolah, pemantapan kepimpinan pengetua / guru besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum. Merapatkan Jurang Pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

Selamat Berpuasa

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan " Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala" Lafaz Niat Puasa Untuk Setiap Hari “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”. Doa Berbuka Puasa "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang" * untuk abg mat... "sahaja aku poso dino sesok sangkengani kani, saksi ney bulan romdhon ikilah tahon kerno anut perintahani lillah hi taala"

UPPM 4 / PERCUBAAN UPSR 2009

Pada 18 , 19 dan 20 Ogos semua murid tahun 6 negeri Johor menjalani Ujian Pengesanan Prestasi Murid (UPPM) yang ke - 4 merangkap percubaan UPSR 2009. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian murid yang menjadi kayu ukur kepada ujian sebenar UPSR pada 8, 9 dan 10 September nanti. Kami guru-guru SKSB berharap agar semua murid menjawab soalan ini dengan penuh teliti dan menganggap ujian ini seperti UPSR sebenar. Semoga terget yang diimpikan akan tercapai dan menjadikannya sebagai batu loncatan semasa peperiksaan sebenar yang bakal menjelang.

TRANSFORMASI SKSB.... FASA BARU

Selesai sudah penanaman cerucuk...... lega...!!! Transformasi SKSB melalui fasa baru apabila proses penanaman cerucuk telah selesai dijalankan. Kami berasa gembira ia telah selesai kerana proses penanaman cerucuk itu memberikan impak yang besar kepada semua pelajar dan guru. Tambahan pula , semua murid tahun 6 akan menjalani peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga proses projek ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa gangguan atau perkara yang tidak diingini.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

Sedang sibuk mengisi borang...... Mak.... takutttttt....... Menggigil tunggu giliran.... nak terkencing rasenye.. Periksa... jangan tidak periksa.... baru lah gigi tu cantik..... Unit Pergigian sedang mengadakan program pemeriksaan gigi di SK Sinar Bahagia. Semua murid terlibat. Adalah diharapkan daripada program ini gigi semua murid SK Sinar Bahagia terpelihara dan terjaga. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan unit Pergigian dengan perkhidmatan yang disediakan....

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA PENJAGA MURID TARGET

Pada 3hb Ogos , Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun 6 telah mengadakan program bersama ibu bapa penjaga murid cemerlang bagi tahun 2009. Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid itu memperbaiki serta mengekalkan prestasi mereka agar memperoleh kejayaan yang cemerlang untuk UPSR 2009 ini. Dengan adanya program ini , semoga ibu bapa penjaga boleh membantu anak-anak mereka sewaktu berada di rumah. Adalah diharapkan semua murid yang terlibat ini berjaya semua hendaknya.

WARKAH AYAHANDA UNTUK CALON UPSR

HAJI SUFA'AT BIN TUMIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR Anakanda, Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR negeri Johor yang dikasihi. Semoga anakanda dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus tabah dalam ketekunan memburu kejayaan pada peperiksan UPSR yang mendatang. Diharapkan dengan kehadiran warkah ini, anakanda sedar bahawa anakanda tidak keseorangan dalam perjuangan menghadapi peperiksaan . Warkah ini adalah umpama harapan dan kasih sayang ayahanda agar usaha untuk mencapai segala cita-cita anakanda tercapai dengan gemilang. Anakanda yang dikasihi, Sebarang usaha untuk mencipta kejayaan menuntut pengorbanan diri, masa dan harta . Ini adalah fitrah atau tradisi. Yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek . Pepatah berbunyi berakit-rakit ke hulu , berenang-renang ke tepian , bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian . Kesusahan dan kepayahan semasa mengejar cita-cita adalah pengalaman yang indah dan berharga sebelum me

PROGRAM BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA 6 IBNU ZHAR

Program Bersama Ibu Bapa/Penjaga ( Murid Galus ) Semoga dengan adanya pertemuan ini , insya-Allah akan menambahkan semangat kepada murid-murid tahun 6 Ibnu Zhar untuk belajar lebih tekun dan memperoleh kejayaan yang cemerlang pada UPSR yang bakal menjelang.

FASILITATOR " SCHOOL NET"

Yang di atas tu namenye Wan Noor Hidayah Bt Ton Mohamad. Baru berusia 27 tahun... Tarikh lahirnya.... pada 15 Ogos... Kalu nak ngorat bagi le hadiah... tak lame lagi tuuuuu.... Dia kate dia masih solo lagi.... ada harapan niiiii...!!!! Sekarang tinggal di Taman Perling Johor Bahru. Hobi masa lapangnya ... bersenam dan menonton TV..... Puad kalau ko nak... kena banyak besenam...!!!!! Panggilan manjanye.... Wan..... Wan juga merupakan ahli baru SKSB.... menjadi Fasilitator "School Net" , semoga bergembira dan berbahagia sentiasa untuk menjalankan tugas di SKSB.

AHLI BARU SKSB 2009

Salam perkenalan... name saye.... Nur Fazila Bt Lokman .... saya berusia 24 tahun.... Orang panggil saya Mis BEB..... masih bujang lagi tauuuu.... !!! Saya tinggal di Puchong , Selangor... alaaaa... dekat -dekat ngan pocong tuuuuuu.... ehhh.. tak lah.... Hobi saya membaca , mendengar muzik dan makan .... ( tolak batu ngan kayu jeeee )... yang paling suke...coklat. Selain tu , suka menonton bola sepak dan shopping , "window shopping". Saya berharap agar guru-guru di sini memberi tunjuk ajar apa-apa yang patut tentang bidang perguruan ini.... Ok lah , itu saje dari saya... terima kasih... jumpa lagiii...!!! Jangan mare ahhhhh .....!!!

"WAJAH-WAJAH"... Family Day 2009

... anak Penyu Karah baru berusia sehari .... sebelum dilepaskan ke laut... Pe kebende plak dibuat dik Jemi dan Tipah tuuuu..!!! Acara gigit kuku keeee.... Nih ... Si Mat Jebeng ni... ape plak hal nyerrr.... tak sudah-sudah menahan kentut...!!! Makan ape tu bang....!!! Lahapnyerrrrr Puad... main baling-baling ngan siapa tuuuu...!!! Ade gaye tak... " Ye ke dia yang menganyam ..?" Penyu Karah.... baru berusia 2 tahun.... Kena tunggu lagi 6 tahun baru kenal jantinanya... dan mula bertelur pada usia 15 tahun. Jadi sama-sama lah kita menghargai ciptaan tuhan..... ... Dalam kenangan......!!!

HARI KELUARGA SKSB 2009

HARI KELUARGA / FAMILY DAY SKSB 2009 Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya maka Hari Keluarga SKSB yang dirancang selama ini telah dapat dijayakan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini. Sekalung tahniah kepada mereka yang begitu komited untuk menyertai program Hari Keluarga ini kerana daripada program inilah kita dapat mengeratkan silatulrahim antara kita. Di samping itu, dapat juga kita saling mengenali dengan lebih rapat serta memperkenalkan keluarga masing-masing yang ada dalam warga SKSB ini. Kerjasama yang dihulurkan oleh semua ahli yang terlibat tidak dapat nilai , hanya ucapan terima kasih sahajalah yang dapat diucapkan. Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada cikgu Arfaizal kerana sudi menerima pelawaan kami untuk hadir ke majlis ini. Walaupun berada jauh di Maran Pahang , beliau sanggup hadir dan bersama-sam