Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Kenang daku dalam doamu

Saya bagi pihak BKGKT , mengucapkan selamat berpindah ke tempat baru kepada cikgu Arfaizal semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.. pepatah melayu " tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat bermain ". Sensei.. jangan lupe menambah bilangan.... ape yang patut.... anak ... bini.... kereta .... rumah... tepuk dade tanye selere yekkkk...!!!!

Salam Perpisahan...

Saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan2 seperjuangan... Semoga kalian teruskan perjuangan disini... Saya harap apa jua kesalahan, kesilapan, ketelanjuran kata dan perbuatan dapat dimaafkan.. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kalian.. Tak mungkin saya dapat lupakan kenangan yg penah sy lalui disini... Terlalu banyak kenangan dan memori sepanjang perkhidmatan sy disini. Apa yg saya harapkan, persahabatan yg pernah terjalin tidak hanya sampai disini. Kalian akan sentiasa berada di tangga teratas carta. Hubungi la sy kalau2 ada kelapangan dan jika terlepas ke seremban... Hubungi la sy.... Akhir kata, ampun maaf dipinta... Goodbye SK Sinar Bahagia.... All The Best.... Kenang daku dlm doamu... huhuhuhuhuhu..... DesiComments.com | Goodbye | Forward this Picture p/s: dalam sedih ada tawa....

MACAM-MACAM TAHNIAH

Assalamualaikum semua, Saya nak ucapkan TAHNIAH : 1. Kepada semua rakan-rakan yang mengendalikan Laman Web SKSB ini, 2. Kepada semua warga SKSB yang telah begitu berjaya menyambut Hari Guru 2009 dengan suasana yang sungguh berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya 3. Kepada rakan-rakan yang BERJAYA dalam permohonan perpindahan mereka - semoga kalian bahagia. Jangan lupa orang-orang yang kalian tinggalkan 4.Tetapi...... jangan lupa rakan-rakan, saya begitu menantikan keputusan Peperiksaan Pertengahan yang baru berlalu, terutamanya UPPM 2 , moga keputusannya meyebelahi kita TAHNIAH Daripada, Ayahanda kalian, Hj.Man Talib

Salam Perantau dari Rosmainie

Salam Semua, Salam rindu dari saya di IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa. Doakan kejayaan saya k.Semoga blog ini dapat menjadi penghubung antara kita. Sekurang-kurangnya dapat lepaskan rindu kat SKSB. Yang Benar, -yus-

Perjumpaan Bekas Murid SKSB 1998

Perjumpaan bekas pelajar tahun 6 SKSB 1998. Cikgu ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas-bekas pelajar SKSB 1998 kerana sudi mengadakan program ini. Dengan adanya program ini dapat mengeratkan silatulrahim antara kita dan dapat mengingati semula nostalgia lama. Ucapan tahniah juga kepada saudari Khalilah Bt Kamaruddin dan Fadilah Bt Shaaban kerana bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Walaupun tidak kesemua bekas pelajar 1998 hadir namun program tetap meriah dan diharap akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun mendatang. Akhir kata , salam muhibbah untuk semua dan semoga berjaya menempuh segala dugaan, kepada yang hendak berkahwin tu... selamat Pengantin Baru ... Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat. Salam daripada cikgumu... Rom...

GURU-GURU SKSB 2009

GURU-GURU SKSB 2009 Berdiri belakang dari kiri : Muruwandi , puad , arceb , sensei , semut merah , jeri , sontoyo , lan , miding , serangge , zak , zali ( kassim ) , madi gewe , Saleh ( selamat ). Berdiri tengah dari kiri : minah renjer , zaini , zakiah , aleyza , ziah melake , mis sarawak , zihan , ajibah , hayati , tonjang , ina glamour , rahaniza , liz , anna n king , nah perok , janah , selly gamal , tipah , elot endut. Duduk dari kiri : Hery potter , Mus , Master , Mat Jebeng , Jemi , Rom , Uban , Bos , Mister wright , Mai , d.Aishah , aride, ogi , kak lim , zara abg jef , ita pekan . Tiada dalam gambar... Nash ..... siape paling hensem dan cun dlm gambar tu yeeeekkkk.....!!!!

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009

kita gaul hingga sebati adunan ni... cikgu zainal... tgh buat ape tu... huhuhuhu bila org lelaki memasak.... mcm2 hal... hahahaha... cikgu din tgh siang taugeh.... yg penting kena smart. tali leher wajib.. " 2 sudu besar garam.... pastu... hmmm" "mula2 kita kena potong ayam ni m'ikut saiz ibu jari kita.." Amaran: Pastikan anda berada jauh dari dapur, bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku. " Kita kena pasti kan kumpulan lain masuk perangkap maut kita ni" tumbuk ape tue cikgu.... huhuhuhu Sambutan hari guru ini telah diraikan pada 18 Mei 2009... Selamat Hari Guru.. Terima kasih atas kerjasama dari guru-guru kerana bersama-sama menjayakan majlis sambutan hari guru peringkat sekolah ini.. semoga ikatan silaturahim ini terus berkekalan.. * untuk gambar-gambar lain, sila lihat dalam pautan kenangan...

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2009

T arikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-38 Tahun 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park), Pulau Wan Man, Terengganu . Mesyuarat yang turut dihadiri oleh semua Setiausaha-Setiausaha Perayaan Negeri telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkifly Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Mesyuarat juga di hadiri oleh YBhg. Dato’ Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dr. Khair b. Mohamad Yusof, Pengarah Institut Aminudin Baki, dan Encik James Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Tema Hari Guru 1972 - 2009

2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Besta

IKRAR GURU

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

GURU-GURU OH GURU

Assalamualaikum, Guru-guru ku sekalian, Saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Saya bangga dengan kalian kerana kalian semua adalah guru yang benar-benar berjiwa guru, Marilah kita bersama-sama membina anak bangsa kita(murid-murid SKSB) menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah. "SELAMAT HARI GURU"

Selamat Hari Guru......

Guru Oh Guru Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetlaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakill seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Selamat Hari Ibu

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

Penyakit Gout... yang perlu kita tahu

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan. Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout. Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan. Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga). Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan d

Program Motivasi Tahun 6