Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

GERHANA BULAN/MATAHARI

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI HUKUM SOLAT GERHANA Sunat Muakkad ( ةد ـكؤـ م ) CARA-CARA SOLAT Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhuri ia dilaksanakan selepas berlakunya gerhana. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian. CARA-CARA PELAKSANAANNYA Solat gerhana matahari atau bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam. Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat Zuhur atau mana-mana solat sunat. Cara Kedua : Disebut dengan “ أ ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-t