Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti buat semua warga SKSB (terutamanya guru-guru.. hehe). Jangan lupa isikan masa cuti anda dengan aktiviti sihat dan bermanfaat. :-) Salam ikhlas, RAR

Selamat menduduki peperiksaan

Salam muhibbah, PKSR 1/UPPM 2 (24 MEI - 27 MEI 2011) Selamat menduduki peperiksaan setengah tahun (PKSR 1) kepada semua murid-murid SK Sinar Bahagia, khususnya kepada murid-murid Tahun 6 yang menjalani UPPM2. Semoga anda semua beroleh kejayaan yang boleh membanggakan semua warga sekolah. Jangan lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru anda yang berusaha gigih mendidik anda demi melakar kejayaan bermakna buat diri anda. Ikhlas, RAR

SELAMAT TINGGAL

Tidak ku kenal, tidak ku cinta Lamanya masa telah berlalu Satu persatu telah ku dampingi Ada yang mudah didekat Ada yang jinak-jinak merpati Ada yang buat tak tahu Ada yang cuba mencuba Ada yang cuba ajak gaduh dulu Tapi...... Alhamdulillah Semuanya telah ku harungi Tak kusangka air mataku mengalir jua kerana Mata-mata yang tulus digenangi di hadapan ku Selamat tinggal Rakan-rakan sepasukanku Lamanya memori yang terpahat Yang gembira,yang resah gulana Tidak ku lupa segalanya Selama mana kita bersama Masih terasa keletah semuanya Moga ada masa kita bersama semula Di lain masa di lain ketika SELAMAT TINGGAL Dengan ingatan tulus dan ikhlas...

PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR

Pengarah Pendidikan Johor En Mohd Nor Bin A.Ghani .

SEBUAH PERJALANAN....

Hi Hidup adalah perjalanan Dari destinasi ke destinasi yang ditakdirkan Hidup adalah perubahan Bagai roda berputaran Masa berlalu tak mampu ditahan Perjalanan tetap diteruskan Begitulah dikau tuan Langkah demi langkah kita aturkan Dari lembah duka kau bangkitkan kami Bersama mendaki puncak kejayaan Dari pandangan sinis manusia Kau ciptakan leretan senyuman Dari jiwa pudar kau serlahkan Terpancar semangat perjuangan Dalam setiap detik Kau menyulam kisah.....suka, duka, Tangis, tawa, marah, gembira Semuanya tersimpul dalam kalungan persahabatan Detik masa berlalu dan terus berlalu Walau putaran jam dapat kita hentikan Tak mungkin masa berulang kembali Kini dikau harus pergi Demi memahat sebuah janji Membina Negara bangsa Walau di mana jua Bagai hujan membasahi bumi Walau ke mana alirnya Pasti ia berguna Selamat jalan tuan Sematlah segala memori jauh di lubuk hati Yang manis jadikan kenang-kenangan Yang pahit usah diceriterakan Selamat jalan tuan Selamat meneruskan p

NAKHODA BAHARU SKSB

SK Sinar Bahagia mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baharu iaitu Encik A. Rahim Bin Abdul menggantikan Tuan Haji Mohd Othman Bin Talib yang berpindah ke SK Felda Bukit Ramun. Semoga dengan kepimpinan beliau akan menggerakkan SK Sinar Bahagia menjadi lebih cemerlang , gemilang dan terbilang.

SEKITAR MAJLIS HARI GURU SKSB 2011

SEKITAR HARI KELUARGA KE-2 DAN MAJLIS PERPISAHAN

HARI KELUARGA SKSB KE -2.... BERSEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHD OTHMAN BIN TALIB.

PERGINYA GURU BESAR YANG BERJIWA BESAR.....

Tuan Haji Mohd Othman Bin Talib... merupakan Guru Besar yang berjiwa besar. Seorang yang berwawasan jauh dan sentiasa mendengar pandangan daripada semua kakitangan bawahannya. Kami kakitangan SK Sinar Bahagia begitu terasa akan kehilangan tuan.