Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Penjagaan Komputer dan Laptop

Ramai dikalangan kita mempunyai komputer dan laptop sendiri.. tetapi hanya segelintir sahaja yang tahu cara menjaga komputer dengan baik.. kita hanya tahu scan dan update antivirus sahaja.. tetapi penjagaan yang lain kita tak ambil berat.. di sini saya kongsikan kepada kawan2 serba sdikit cara penjagaan yang mudah.. sayangilah komputer kita sendiri... mahal tu nak beli.. 1. Defrag harddisk secara berkala. Fungsi defrag adalah untuk menyusun dan menguruskan file-file harddisk berdasarkan jenis file/data sedemikian rupa sehingga akan mempermudah proses read/write sehingga beban kerja akan lebih ringan yg akhirnya dapat memperpanjang umur harddisk. Caranya klik menu Start > Program > Accesories > System Tool > Disk Defragmenter. Semasa menjalankan fungsi ini tidak boleh ada program lain yg berjalan termasuk screensaver kerana akan mengganggu fungsi defrag ini. Saya biasanya meninggal laptop untuk didefrag semasa waktu makan. 2. Aktifkan screensaver. Selain bersifat seni, scree

SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN EN KAMALUDIN GPK1

Mulai 12 Julai 2010, Encik Kamaludin Bin Sujan GPK 1 SK Sinar Bahagia telah dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Besar SK Tenggaroh 5. Bersempena dengan itu, pihak BKGKT SKSB telah mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perpisahan untuk beliau. Pada hari Jumaat 11 Julai , majlis bersama murid-murid telah diadakan. Semua murid telah diberi kesempatan untuk bersalaman dengan beliau. Ada di antara pelajar ini telah memberikan hadiah kepada beliau. Pada hari Sabtu pula majlis perpisahan bersama BKGKT SKSB telah diadakan di MAZ Garden. Beliau telah diraikan dalam majlis makan tengah hari di situ. Kami guru-guru SKSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada segala jasa yang telah diberikan, semoga persahabatan antara kita akan terus berkekalan. Kami juga mendoakan semoga Cikgu Kamaludin tabah menghadapi cabaran baru serta semoga maju jaya...

HARI TERBUKA 2010

SK Sinar Bahagia telah mengadakan program Hari Terbuka pada 2 Julai bersamaan hari Jumaat. Majlis ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa dan penjaga murid telah hadir ke majlis ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ibu bapa penjaga murid ke majlis ini. Di samping dapat bertemu dan berbual mesra , perkembangan murid-murid dapat diketahui oleh kedua-dua pihak sama ada di rumah ataupun di sekolah.