Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG

Penaung :PPD Kulai Penasihat :Tn. Hj. Mohd Othman Bin Talib Yang Dipertua : Pn. Hjh Noribah bt. Amat kalam N. Yang Dipertua : En. Juhaidi b. Majmon S/U : Ust. Arfaizal bin Hj. Rozali N. S/U : En. Maruwandi bin Mat Jusoh Bendahari : En. Heriyadi bin Katiman AJK (IBUBAPA) Pn. Sabaniah bt. Wahab Ahmad Nizam bin Ramli En. Mohd Rizal bin Misran Pn. Rashidah Ani Pn. Noraini bt. Mohd Jais AJK (GURU) Ust. Ahmidin Aziz b. Ahamad En. Mohd Azri b. Mansur Cik Siti Azmina bt. Misni Cik Missiah bt. Wahid JURUAUDIT En. Rohmilan b. Jamil Cik Siti Zaleha bt. Rahmat Gambar-gambar lain, klik disini

Perihal kerana dan sebab

Banyak orang keliru dengan penggunaan perkataan "kerana". Sebagai contoh, banyak yang bertanya tentangayat yang bermula begini: "Ini kerana ..." seperti dalam ayat "Ini kerana ibunyasakit." Bolehkah ayat seperti ini digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul? Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk "Ini kerana ..." jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, "This is because ..." Oleh itu, sebenarnya binaan ini bukan binaan bahasa Melayu sejati. Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa basahan, penggunaan bentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap berlaku. "Kerana" ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat "Dia tidak datang kerana ibunya sakit." Dalam ayat ini, "kerana" menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini, "kerana" ialah kata hubung ke-ter

KEPADA SEMUA PEROKOK... BACA JANGAN TAK BACA.

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. "Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini . Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada ZAINAH & EDI peterpan dari kami UNIT ICT SKSB... Semoga kekal ke anak cucu.. sambungan... klik di sini

Earth Hour

Bersama-sama menjaga bumi.. Padam kan lampu rumah anda dan segala peralatan elektrik selama 1 jam. Pada 28hb Mac pukul 8 pm ( waktu Malaysia) , semua digesa menutup semua sumber elektrik selama sejam untuk menyokong kempen global warming yang dipanggil "Earth Hour". Kempen ini dianjurkan oleh WWF. Jika anda berfikir untuk mewariskan kehijauan bumi ini, mari mendaftar di http://www.earthhour.org/signup/ dan tutup suis utama elektrik anda. Sebab apa 1 jam, dan pukul 8-9? Sebab, selepas 1 jam, pukul 8-9 di malaysia. Masuk pulak pukul 8-9 di negara lain. Secara teorinya, selama 60jam, tiap-tiap satu negara di seluruh dunia akan menutup elektrik selama 1 jam secara berselang-seli. Selepas malaysia tutup 1 jam, thailand pulak tutup 1 jam, kemudian thailand bukak balik, vietnam pulak off, dan seterusnya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010

::::::::::::::::::::: 6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 - 2010 ::::::::::::::::::::: 1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa 2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. 3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya dilua

CERITA PAK PANDIR........!!!!

Suatu hari Pak Pandir berjalan pulang dari pekan sambil memakai selipar baru. Di pertengahan jalan Pak Pandir terpijak sesuatu yang lembik. Berdetik hati Pak Pandir sambil berkata, "Apa benda ni? Nampak macam tahi, tapi siapa pula yang meninggalkan tahinya ditengah jalan?". Pening kepala Pak Pandir memikirkan persoalan ini, kerana dia tidak menjumpai benda tersebut sewaktu dia melalui jalan itu masa pergi ke Pekan. Lalu Pak Pandir terfikir untuk menguji benda tersebut samada ianya benar-benar seperti apa yang disangka. Pak Pandir pun berkata sendirian, "Baik aku cium benda ni untuk memastikan ianya tahi atau bukan." Maka Pak Pandir pun menciumlah benda tersebut hingga hampir terkena hidungnya. Terperanjat juga Pak Pandir kerana bau benda tersebut memang seakan-akan tahi. Tapi Pak Pandir masih tidak berpuas hati kerana tidak percaya ada orang yang sanggup meninggalkan tahinya di tengah jalan. Dalam keadaan tertanya-tanya itu Pak Pandir mendapat ilham untuk memastikan

Tahniahhhhhhhhhh....!!!!!!

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga SKSB. Saya nyatakan ucapan ini kerana berita berikut. Hasil pemantauan Sekolah Guru Besar Cemerlang oleh Tuan PPDR , PPD Pasir Gudang , Encik Mohamad Samudin tahun lepas , mendapati sistem failing sekolah kita adalah amat cemerlang dan antara yang terbaik di daerah Kulai. Keputusan ini juga telah disebut oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tn Hj Markom bin Girang. Berita ini disahkan lagi oleh tuan guru besar sendiri Tn Hj Mohd Othman B Talib. Kesan daripada kejayaan ini , sekolah kita telah terpilih sebagai sekolah perintis untuk program ISO ( Sistem Audit Kualiti ) bagi daerah Kulai. Jadi , bersama-sama lah kita berusaha untuk menaik nama sekolah dan menjayakan program tersebut. Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua warga SKSB atas kejayaan ini.

Taib Andak

Taib Andak, Nasionalis Tulen, Kata Najib KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia memerlukan lebih ramai rakyatnya menulis segala pengalaman mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Rakyat Malaysia tidak mampu untuk terus menerus "memberi nafas baru" dalam usaha untuk maju ke depan bagi merealisasikan potensi negara. Hanya dengan menggunakan pengalaman lepas sebagai panduan kita berharap untuk mengelak daripada perangkap yang sama sementara kita membina kejayaan di atas masa lalu," katanya ketika berucap melancarkan buku bertajuk "Taib Andak - In A Class Of His Own" di sini. Biografi setebal 230 muka surat itu menjejak salasilah Tan Sri Taib Andak, latar belakang keluarga dan puluhan tahun pengalamannya dalam perkhidmatan awam dengan memberi penekanan kepada sumbangan semasa menerajui Felda dan Maybank. Taib yang meninggal dunia pada 19 Ogos, 1997 merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selama 13 ta

10 jenis makanan antikolestrol

10 Jenis Makanan Antikolestrol 1. SOYA Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian .Ia juga da pat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis . Kaya kalsium & Mineral yang membantu memecah lemak . Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 2. KUACI Kuaci mempunyai kandungan zat besi . Pola pemakanan yang rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL . Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol. 3. BUAH KERING Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung . Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima. 4. EPA

Penglipur Lara....

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Anak Cina pasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati, Di dalam hati tidak ku lupa, Sebagai rambut bersimpul mati, Batang selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Beribu tahun kembali juga, Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Kalau tuan mudik ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syorga. Betapa puitis dan indahnya bahasa jiwa lara orang dulu-dulu. Inilah ungkapan cinta orang kita dengan gaya Nusantara dan Asia. Moga keindahan ini tidak terus hilang ditelan asimilasi budaya yang bukan budaya kita. Dan agar bahasa melayu kekal dihati sebagai lambang Malaysia Berdaulat...

majalah online..

nak masuk majalah? klik sini

Salasilah Nabi/Rasul

Terapi Pernafasan

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan, apakah fungsinya sama untuk menghirup dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk). Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh. Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah. Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda

ThinPad W700

Thinkpad W700 With 10.6 inches Diagonal Second Display Wow, a crazy laptop, the new Thinkpad W700 with an 10.6″ diagonal second display screen. Foldable and white LED backlight second display and 768 x 1280 resolution. You will have two display, I like this design. It features Intel Core 2 Quad, NVIDIA Quadro FX 3700M, 64 GB solid state drive and 4 GB memory DIMM. The display featuring at the below. • 17-in WUXGA with CCFL backlight and 1920 x 1200 resolution • 10.6-in WXGA with white LED backlight second display and 768 x 1280 resolution

UJIAN FORMATIF ( UPPM 1 )

" SELAMAT MENJALANI UJIAN"

PANTUN NASIHAT

Pantun Nasihat Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir

YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU

YAHUDI YANG KITA PERLU TAHU SEJAK akhir-akhir hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa. Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa. Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini. Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal tersebut.Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawabsurat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Ut

Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-24

More picture....

Cintai Rasulullah SAW

Dalam kitab Shahih Bukhari, terdapat hadis yang mengetengahkan kepentingan mencintai Rasulullah yang berbunyi: “Tidak sempurna iman di kalangan kamu hingga aku lebih dicintainya daripada ibu bapanya, anaknya dan manusia keseluruhannya.” Hadis itu membawa maksud setiap mukmin berkewajipan meletakkan kecintaan dan kasih pada Rasulullah mengatasi segala-galanya. Mengikut iktiqad ahli sunnah wal jamaah, Nabi Muhammad adalah insan yang paling afdhal di sisi Allah. Baginda adalah insan pilihan Allah s.w.t untuk menyampaikan risalah Islam buat umat sejagat. Demi menyelamatkan akidah umat, baginda sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut seribu satu pengorbanan. Allah menceritakan peranan Rasulullah dalam satu ayat bahagian yang terakhir daripada surah at-Taubah: “Sesungguhnya sudah datang kepada kamu seorang rasul daripada kalangan kamu, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan kebahagiaan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang berim

Common errors in PC & there solution

1. MONITOR LED IS BLINKING Check all the connections like Monitor Cable, Data cables,RAM, Display Card , CPU connections. 2. CONTINUOS THREE BEEPS Problem in RAM Connection. 3. THREE BEEPS ( 1 Long 2 Short) Problem in Display Card Connection 4. THREE LONG BEEPS PERIOD WISE Problem in BIOS or RAM (Basic Input Output System) 5. CONTINUOS NON-STOP BEEPING Key Board Problem (I.e.; Some Key is pressed for Longer time) 6. FDD LED IS GLOWING CONTINUOSLY Data cable to be connected properly (twisted cable). 7. NO DISPLAY ON THE SCREEN AT ALL Hard Disk cable connected wrongly. Connect rightly seeing the Red mark (Faces power supply) and then Restart. Baca artikel penuh di ARTIKEL HANGAT

10 working tips for 2009

1) Do not get into trouble lain-lain klik di blog Today's joke

Peta

Logo sekolah

SK Sinar Bahagia, Felda Taib Andak 81000 Kulaijaya, Johor