Skip to main content

Perihal kerana dan sebab

Banyak orang keliru dengan penggunaan perkataan "kerana". Sebagai contoh,
banyak yang bertanya tentangayat yang bermula begini: "Ini kerana ..." seperti dalam ayat "Ini kerana ibunyasakit." Bolehkah ayat seperti ini digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul? Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk "Ini kerana ..." jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, "This is
because ..." Oleh itu, sebenarnya binaan ini bukan binaan bahasa Melayu sejati.
Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa basahan, penggunaan bentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap berlaku.

"Kerana" ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat "Dia tidak
datang kerana ibunya sakit." Dalam ayat ini, "kerana" menghubungkan ayat induk
(Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini,
"kerana" ialah kata hubung ke-terangan.Ayat yang bermula dengan "Ini kerana ...", seperti dalam ayat: "Ini kerana ibunya sakit", adalah tidak tepat, disebabkan perkataan "kerana" tidak bolehberfungsi sebagai predikat kepadasubjek "ini". Maka binaan ayat ini patut diubah supaya "kerana" benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: "Hal ini demikian kerana ibu-nya sakit". Dalam ayat ini, ayat induk ialah "Hal ini demikian", dan "kerana" yang
mengikutinyakini berfungsi sebagai kata hubung.

Soal binaan ayat begini memang mengelirukan kerana banyak orang kurang faham
tentang golongan kata sesuatu perkataan, lantas berlaku kesalahan dalam menggunakan perkataantersebut. Dalam contoh di atas, "kerana" yang tergolong sebagai kata hubung
telah digunakan sebagai predikat ayat. Hal ini berlaku kerana pengaruh binaan bahasa Inggeris.
Satu lagi persoalan yang berkait dengan perkataan "kera-na" ialah dalam konteks
penggunaan"oleh kerana". "Oleh kera-na" kerap digunakan bertukar ganti dengan "oleh sebab"
yang berfungsi sebagai frasa sendi nama.

Dalam binaan frasa sendi nama, frasa yang bermula de-ngan kata sendi nama mesti
diikuti oleh kata nama. Kata sendi nama dalam frasa "oleh kerana" dan "oleh
sebab", ialah "oleh". Yang menjadi persoalan ialah, apakah golongan kata
"kerana" dan "sebab"?
"Kerana" dan "sebab" tergolongsebagai kata hubung. Ayat "Dia tidak datang kerana ibu-nya sakit", misalnya,boleh juga menjadi "Dia tidak datang sebab ibunya sakit". Ini membuktikan bahawakedua-dua perkataan "kerana" dan "sebab" ialah kata hubung.

Dalam bahasa Melayu terdapatperkataan yang boleh menduduki lebih daripada satu golongan kata, bergantungpada penggunaannya dalam ayat. Perkataan "dalam", misalnya, berfungsi sebagaikata adjektif dalam ayat "Perigi itu sangat dalam", dan berfungsi sebagai kata
arah dalam ayat "Bukunya tersimpan di dalam almari".Demikian juga halnya dengan perkataan "sebab". Dalam ayat "Dia tidak datangsebab ibunya sakit", kata "sebab" berfungsi sebagai kata hubung. Tetapi dalamayat "Nyatakan empat sebab mengapa kamu tidak datang", kata "sebab" berfungsisebagai kata nama dan bukannyakata hubung.

Penggunaan frasa nama "oleh sebab" adalah lebih tepat dalam bahasa Melayu kerana
"sebab" boleh berfungsi sebagai kata nama, sedangkan "kerana" tidak tergolong
sebagai kata nama. Misalnya kita tidak pernah menyatakan: "Nyatakan empat kerana
mengapa kamu tidak datang"; melainkan "Nyatakan empat sebab mengapa
kamu tidak datang". Jelas, penggunaan "oleh kerana" tidak mematuhi hukum nahu
bahasa Melayu.
Halaman Empat
BERITA HARIAN Rabu, 16 Ogos 2006
PEDOMAN BAHASA Bersama
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
Perihal "kerana" dan "sebab"


Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.