Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sempena bulan dan hari yang baik ini , saya dan keluarga memohon ribuan ampun dan maaf , zahir dan batin kepada semua sahabat yang mengenali saya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN AIDIL FITRI

Pada 17 .09.09 Panitia Agama Islam telah mengadakan program Khatam Al-Quran dan Sumbangan Aidil Fitri sempena menjelangnya Aidil Fitri yang bakal menjelang serta perginya bulan Ramadan yang penuh barakah ini... Seramai 20 orang murid tahun 5 dan tahun 4 SKSB telah menyertai program Khatam Al-Quran dengan bimbingan Ustaz Haji Mohd Sukri... Bila plak turn kami nak nyanyi niii...!! Seramai 39 orang anak yatim telah diberi sumbangan hari raya yang berupa wang tunai manakala kumpulan murid KWAPM mendapat sumbangan wang tunai dan gantian makanan RMT.. * Sesi Petang.. Menung ape bang oiiii....!!! Duit raye tak masuk ke..?? Abg-abg hensem...!! Intai ape Tipah... !!!!

Sedikit Panduan Solat Sunat Hari Raya

-Solat hari raya dua rakaat dimulai dengan ihram diikuti dengan doa iftitah. -Kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali sambil mengangkat tangan selari dengan bahu sebagaimana takbiratul ihram -Hendaklah diselangi di antara dua takbir sekadar masa membaca satu ayat sederhana dan sunat membaca di antaranya " Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah wallahuakbar " (Yang bermaksud, Maha suci Allah, dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. -Seterusnya membaca "Auzubillahi minasy syaitonirrajim", Fatihah dan satu surah atau beberapa ayat. -Selepas takbir ketika bangun pada rakaat kedua, hendaklah bertakbir sebanyak lima kali sebelum memulakan bacaan dan setiap takbir diselangi dengan bacaan tasbih sebagaimana yang disebutkan tadi. Para ulama telah ijma' tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith; Yang bermaksud, Amru bin 'Auf al-Muzani R.A meriwayatkan Nabi S.A.W bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil F

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri dari Ijat, Etty & Nana buat semua warga SKSB.. Ampun dan Maaf Dipinta Sekiranya Ada Salah Dan Silap Sepanjang Persahabatan Kita

MUKJIZAT DI SEBALIK BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam .' ( Hadith Qudsi ) 3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menja

Makna ayat yang kita baca dalam solat....

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat Semoga dengan memahami bacaan Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar ( Takbiratulihram) Doa Iftitah Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi, Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.... Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai Hari pembalasan.... Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniaka

Maafkan Cikgu..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumah

PECUTAN SAAT AKHIR.....

Tidak ada istilah " dah terlewat" pada guru-guru tahun 6 SKSB... Setiap minit dan saat yang ada pada masa rehat antara kertas ujian itu digunakan untuk memberikan taklimat dan tip-tip terakir bagi setiap murid sebelum menduduki ujian... Syabas diucapkan pada setiap guru SKSB amnya serta guru tahun 6 khasnya kerana dengan usaha yang mantap serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada anda semua insya-Allah kejayaan yang diidamkan itu dalam genggaman kita..

PETUA ORANG TUA-TUA

KHASIAT DAUN & KULIT MANGGIS Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut. Seperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis sele

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009

Pada 8 , 9 dan 10 September 2009 semua murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR 2009. Begitu juga murid di sekolah Sinar Bahagia. Seramai 135 orang calon murid tahun 6 menduduki ujian tersebut. Setiap pagi sebelum menduduki UPSR, semua murid akan dipantau kesihatannya dengan menggunakan alat pengimbas suhu badan. Mereka juga diminta untuk membasuh tangan dengan sabun. Guru Besar Tuan Hj Mohd Othman B Talib sedang memberi taklimat dan kata-kata perangsang kepada semua murid sebelum mereka menduduki UPSR. Semoga dengan kata-kata dari beliau itu memberi semangat kepada setiap murid untuk menjawab soalan dengan baik serta mendapat keputusan yang cemerlang... insya-Allah. Sebelum melangkah masuk ke bilik peperiksaan , semua murid bersalaman dan memohon restu daripada setiap ibu bapa penjaga serta guru-guru.

Majlis Berbuka Puasa , Solat Hajat dan Tarawih

Tahniah kepada panitia Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan majlis berbuka puasa , solat hajat dan tarawih. Majlis telah dilangsungkan di kawasan kantin sekolah. Ramai guru , ibu , bapa dan penjaga yang hadir. Tahniah diucapkan kepada murid-murid tahun 6 yang turut serta menjayakan majlis ini. Semoga ia menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan UPSR 2009 insya-Allah. Selamat bertugas semula Ustaz Zaki. Makan... jangan tak makan Imam-imam SKSB...!!! Solat fardu diikuti solat hajat dan tarawih...

Persiapan Majlis Solat Hajat dan Berbuka Puasa

Majlis terpaksa diadakan di kantin sekolah kerana dewan sekolah telah diruntuhkan untuk pembinaan bangunan baru. Sedang buat ape tu bang...... sibuk nampak.... Hai .. Puad... tak kan makan sorang-sorang kot.. Si Norziah tu macam tengah mengemam kurma ajerr... Sellyyy... amboi... sukanye dia... Kak Hajah ni buat ape plakkk... tak sudah-sudah menampal...