Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

UPSR 2011

MURID-MURID MENDAPAT 5 A Dari kiri : Muhammad Khalis , Kamarul Akmal , Muhammad Amrul Idham , Ummi Najwa , Amira Nur Elmy , Nor Azirah , Bergambar bersama Pengurus Felda Taib Andak , Tuan Guru Besar , YDP PIBG. MURID-MURID MEMPEROLEH 4A 1B Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5A dan 4A 1 B. Teruskan usaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang di sekolah menengah nanti. Kepada murid-murid yang lain, masih ada lagi peluang untuk membuktikan kecemerlangan kamu. Ingat.. perjuangan belum selesai. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan Sekolah , Pengurusan Felda , PIBG serta guru-guru SKSB yang begitu berdedikasi kerana dengan kerjasama semua pihak ini maka kita dapat membuahkan keputusan yang cemerlang ini. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

Khamis, 17 November 2011 - Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SK Sinar Bahagia telah selamat dilangsungkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada anak-anak yang berjaya dan segunung terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah gigih berusaha mendidik dan membimbing anak-anak murid hingga berjaya. Majlis dirasmikan oleh En. Rosli bin Maarof, Pengurus FELDA Taib Andak. -Agensi Berita SKSB. Panduan memuat turun gambar: 1. Klik pada logo yang tertera di slideshow. 2. Klik link yang disertakan bersama. 3. Pilih gambar untuk dimuat turun. 4. Klik butang kanan tetikus anda, dan pilih "Save As"