Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA CEMERLANG UPSR 2014

JUMAAT, 29 OGOS - Program Motivasi Ibu Bapa Cemerlang Murid UPSR 2014 telah diadakan dengan kerjasama PIBG dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSB. Program ini bertujuan untuk memberi galakan kepada ibu bapa murid-murid UPSR 2014 agar dapat membimbing anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan menjelang peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Azlan bin Arpan.

SAMBUTAN PERPISAHAN & SELAMAT DATANG GURU-GURU SKSB

RABU, 27 OGOS - Satu Sambutan Meraikan Guru-guru yang berpindah dan guru-guru yang baharu di SKSB telah dijalankan pada jam 8 malam. Sambutan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGKT) SKSB diketuai oleh Pn. Aftipah bt Abdullah bersama rakan-rakan untuk memberi sedikit penghargaan kepada guru-guru yang telah berjasa di SKSB dan juga mengalu-alukan kehadiran guru-guru baharu untuk berkhidmat di SKSB. Guru-guru yang berpindah ialah: 1. GPK1 - En. Mohd Hazeyhan b Totor (Ke SK LKTP Bukit Batu sebagai GPK1) 2. Pn. Rohana bt Rahmat (Ke SK Kulai 1) 3. En. Nasaruddin b Jahat (Ke SK Kulai 1) 4. En. Mohd Suzaimi b Mohd Noor (Ke SK Bandar Putra) 5. GPK Petang - Pn. Aisah bt Bakri (Ke SK Seri Al-Ulum, Pontian sebagai GB) Guru-guru yang baharu di SKSB ialah: 1. Cik Rohaiza Adilla bt Arahma (Guru Pendidikan Khas - Penempatan baharu) 2. En. Izzuddin Shah b Muzaffar Shah (Penempatan baharu) 3. En. Ahmad b Awang (dari

SAMBUTAN AIDILFITRI, MERDEKA DAN MAJLIS PERPISAHAN GPK PETANG

KHAMIS, 21 OGOS 2014 - Majlis "3 dalam 1" telah diadakan untuk sesi petang iaitu Sambutan Aidilfitri 1435H, Pelancaran Bulan Kemerdekaan, dan Majlis Perpisahan GPK Petang iaitu Puan Aisah binti Bakri. Sambutan Aidilfitri dijalankan kerana sesi petang tidak bersama sesi pagi yang telah menjalankan sambutan berkenaan pada hari Khamis 14 Ogos lalu. Sambutan sesi petang disambut secara sederhana dengan makanan disediakan oleh pihak Kantin. Manakala bagi guru-guru dijamu dengan lauk Ikan Siakap 3 Rasa. Pelancaran Bulan Kemerdekaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh GPK Petang dan terdapat gimik pelancaran iaitu sekumpulan murid-murid melakonkan watak pemimpin-pemimpin terdahulu dan laungan Merdeka! sebanyak tujuh kali. Majlis Perpisahan GPK Petang juga telah dijalankan untuk Puan Aisah binti Bakri yang akan memegang jawatan Guru Besar di SK Seri Al-Ulum, Pontian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Aisah sepanja