Skip to main content

SAMBUTAN AIDILFITRI, MERDEKA DAN MAJLIS PERPISAHAN GPK PETANG


KHAMIS, 21 OGOS 2014 - Majlis "3 dalam 1" telah diadakan untuk sesi petang iaitu Sambutan Aidilfitri 1435H, Pelancaran Bulan Kemerdekaan, dan Majlis Perpisahan GPK Petang iaitu Puan Aisah binti Bakri.

Sambutan Aidilfitri dijalankan kerana sesi petang tidak bersama sesi pagi yang telah menjalankan sambutan berkenaan pada hari Khamis 14 Ogos lalu. Sambutan sesi petang disambut secara sederhana dengan makanan disediakan oleh pihak Kantin. Manakala bagi guru-guru dijamu dengan lauk Ikan Siakap 3 Rasa.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh GPK Petang dan terdapat gimik pelancaran iaitu sekumpulan murid-murid melakonkan watak pemimpin-pemimpin terdahulu dan laungan Merdeka! sebanyak tujuh kali.

Majlis Perpisahan GPK Petang juga telah dijalankan untuk Puan Aisah binti Bakri yang akan memegang jawatan Guru Besar di SK Seri Al-Ulum, Pontian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Aisah sepanjang dari tahun 2012-2014 berkhidmat di SKSB. Banyak jasa-jasamu yang tidak terbalas. Moga dapat kembali semula ke SKSB sebagai GB, In Shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013