Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

FAMILY DAY 2010

Gambar Pada 25 dan 26 September 2010 , BKGKT SK Sinar Bahagia telah menganjurkan Hari Keluarga di Rompin Beach Resort, Rompin , Pahang. 50 peratus daripada keseluruhan ahli telah menyertai program ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2010. Walaupun telah tertunda namun ianya berjaya dilaksanakan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK hari keluarga yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah, para dermawan yang sudi menyumbangkan derma, dan orang persaorangan untuk menjayakan program ini. Akhir kata , semoga program ini akan diadakan pada masa-masa akan datang.

UPSR 2010 - SEMOGA PENCAPAIAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS

Kami warga SK Sinar Bahagia mendoakan semoga semua murid tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR 2010 ini akan peroleh kejayaan yang cemerlang , gemilang dan terbilang. Di samping itu , semoga keputusan yang akan keluar nanti lebih baik daripada tahun sebelumnya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN DAN TAULAN ... Daripada Romaizi dan Keluarga

MAJLIS BERBUKA PUASA , SEMBAHYANG HAJAT DAN TARAWIKH

Unit Dakwah di bawah Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan majlis Berbuka Puasa , Sembahyang Hajat dan Tarawikh. Majlis ini telah diadakan di ruang kantin SKSB kerana bangunan baharu masih dalam proses pembinaan lagi. Ramai ibu bapa panjaga murid telah hadir ke majlis ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam kerana telah mempastikan majlis ini berjalan dengan lancar.

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53 PERINGKAT SKSB

Pada 2 September 2010 SK Sinar Bahagia telah mengadakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang sambutan itu yang didahului dengan perhimpunan rasmi. Tuan Guru Besar SK Sinar Bahagia telah menyampaikan ucapan sempena majlis itu. Murid-murid dan guru telah menyanyikan lagu Negaraku diikuti Bangsa Johor tidak terkecuali lagu Jalur Gemilang , Tanggal 31. Setelah selesai perhimpuan , acara mewarna telah diadakan . Semua murid diwajibkan untuk menyertai acara itu. Selain mewarna , membuat buku skrap dan mendeklamasikan sajak juga telah diadakan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh tuan Guru Besar.

SEKITAR LAWATAN KERJA TN HJ DIN BIN SHAARI

Pada 1 Sept bersamaan hari Rabu SK Sinar Bahagia telah dilawati oleh pegawai -pegawai daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPNJ, Rombongan ini diketuai oleh Tuan Hj Bakri Bin Mat Diah, Tuan Hj Din Bin Shaari dan pegawai daripada PPD Kulai serta beberapa orang Guru Besar sekitar Daerah Kulai. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melawat serta mengembalikan nostalgia kepada pegawai yang diraikan iaitu Tuan Haji Din Bin Shaari ( mantan GPK 1 SKSB ) Kami pihak SK Sinar Bahagia mengalu-alukan kedatangan pegawai-pegawai daripada JPNJ , PPD Kulai... semoga mencapai objektif yang diharapkan.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Panitia Agama Islam dan JQAF SK Sinar Bahagia ,telah menjalankan program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program ini telah diketuai oleh Ustaz Ahamdinaziz Bin Ahmad. Majlis ini diadakan pada setiap hari persekolahan dan dijalankan pada waktu rehat. Semua murid dikehendaki berkumpul di kawasan kantin. Semoga program ini terus dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.