Skip to main content

FAMILY DAY 2010












Gambar

Pada 25 dan 26 September 2010 , BKGKT SK Sinar Bahagia telah menganjurkan Hari Keluarga di Rompin Beach Resort, Rompin , Pahang. 50 peratus daripada keseluruhan ahli telah menyertai program ini. Program ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang bagi tahun 2010. Walaupun telah tertunda namun ianya berjaya dilaksanakan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK hari keluarga yang bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah, para dermawan yang sudi menyumbangkan derma, dan orang persaorangan untuk menjayakan program ini. Akhir kata , semoga program ini akan diadakan pada masa-masa akan datang.

Comments

  1. TAHNIAH,
    kepada Pengerusi BKGKT dan AJKnya yang telah dapat menganjurkan program ini,
    Diharapkan, pada masa akan datang lebih ramai ahli yang akan menyertai Family Day di lokasi seberang laut, amiiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013