Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

BIODATA DAN KRONOLOGI HIDUP BAGINDA RASULULLAH SAW

Salam kepada para sahabat... sempena Maulidur Rasul 1431H ini marilah kita mengingati dan mengenang semula biodata dan kronologi hidup baginda Rasulullah SAW... Subject: BIODATA RASULULLAH SAW Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St.. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingat

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PASUKAN OLAHRAGA

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Olahraga SK Sinar Bahagia dengan kejayaan merangkul 3 emas ,3 perak dan 2 gangsa.... 3 pingat emas dimenangi menerusi acara Lompat Jauh perempuan 12 , Lontar Peluru Lelaki 12 dan lari 100 Meter lelaki 10... Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka.. Secara keseluruhan pasukan SKSB menduduki tempat ke - 5 Kepada peserta yang memenangi pingat perak dan gangsa tahniah juga diucapkan , kepada mereka yang gagal syabas juga diucapkan kerana semangat juang yang ditunjukkan adalah amat memberangsangkan. Semoga kamu semua dapat memperbaiki pada masa-masa akan datang. Kepada ketua kontinjen Cikgu Asraf , guru-guru pengiring, para jurulatih dan sesiapa yang terlibat dalam membentuk pasukan ini tahniah diucapkan semoga pencapaian kita dalam bidang olahraga ini dapat dipertingkatkan lagi ... apa pun tahniah diucapkan.

TAHNIAH TEAM SEPAK TAKRAW

Walaupun dengan kekangan masa serta terlibat dengan pelbagai aktiviti sukan yang lain namun pasukan sepaktakraw SKSB tidak menghampakan warga SKSB dengan membawa pulang pingat gangsa dalam pertandingan peringkat Zon Tenggara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada jurulatih dan pengurus pasukan dan semoga pencapaian ini akan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

MUSIM AKTIVITI SUKAN

Pasukan olahraga... sedang menjalani latihan untuk ke pertandingan peringkat Zon Tenggara. Pasukan sepaktakraw... semoga berjaya pada pertandingan peringkat Zon Tenggara pada 23.02.2010 ( Selasa ) Kepada pasukan-pasukan yang lain semoga berjaya dalam apa jua acara yang anda sertai.

SUKAN TAHUHAN SKSB KE-25

Pada 11 Februari 2010 bersamaan hari Khamis , SK Sinar Bahagia telah menganjurkan sukan tahunannya kali ke-25. Temasya sukan pada kali ini diadakan di Padang Awam Felda Taib Andak kerana padang sekolah tidak dapat digunakan kerana digunakan untuk tapak pembinaan bangunan baru. Temasya sukan pada kali ini telah berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah yang tidak diingini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada rumah sukan Syahbandar kerana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan. Kepada rumah-rumah sukan yang lain , berusaha lagi pada masa-masa akan datang. Majlis penutupan rasmi telah dilakukan oleh Tuan Haji Tosrin B Jarvanti selaku Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri , terima kasih diucapkan kepada kesudian tuan haji untuk hadir ke majlis kami. Semoga temasya seperti ini akan berjalan dengan lebih meriah pada masa-masa akan datang.

TOLONG-MENOLONG MEMBAWA BERKAT

Sehari sebelum hari sukan , guru-guru rumah sukan saling membantu untuk membungkus makanan yang akan diedarkan kepada setiap ahli rumah sukan masing-masing. Amalan ini telah dilakukan sejak sekian lama. Semoga ianya berterusan pada masa-masa akan datang.

MAKAN MALAM AMAL SKSB 2010

Syukur kepada tuhan segala apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah diucapkan kepada YDP PIBG Pn Hjh Noribah dan AJKnya kerana tanpa usaha gigih mereka makan amal ini mungkin tidak berjaya.Tujuan utama Malam Amal ini diadakan ialah untuk kutipan dana pelbagai projek demi kebaikan murid-murid SK Sinar Bahagia. Makan malam amal ini telah dihadiri oleh AJK PIBG , guru-guru SKSB , bekas-bekas pelajar dan guru SK Sinar Bahagia serta tetamu jemputan. Di tambah serikan lagi dengan kehadiran Asmawi Ani ( Mawi ) dan Q haidar ( bekas murid SKSB ) serta Along ( Raja Lawak ) bersama isteri masing-masing , telah membangkitkan lagi suasana kehangatan pada malam itu. Program pada malam itu dimulai dengan ucapan daripada YDP PIBG dan Ucapan Perasmian oleh Ketua Kampung. Seterusnya persembahan daripada murid-murid SK Sinar Bahagia. Tidak terkecuali, guru-guru SKSB juga telah menunjukkan bakat mereka... Majlis bertambah hangat apabila Along (Raja Lawak). Mawi dan Qhaidar membua

TAWARAN SBP

Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2009 yang telah ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh. Semoga tawaran itu diterima dan tidak ditolak kerana peluang ini hanya sekali sahaja... Semoga anda semua belajar dengan bersungguh-sungguh walau di mana belajar... Semoga berjaya selalu....

PROGRAM AUDIT AKADEMIK UPSR 2010

Unit kaunseling SK Sinar Bahagia telah menganjurkan Program Audit Akademik UPSR 2010 pada 6 Februari . Program ini telah dijalankan di Bilik Perustakaan SKSB. Seramai 58 ibu bapa / penjaga murid tahun 6 telah hadir ke majlis ini. Program ini telah dirasmikan oleh Pengurus Felda, Felda Taib Andak iaitu Encik Rosli B Maarof. Di samping itu , majlis ini turut juga dihadiri YDP PIBG Pn Hjh Noribah Bt Amat Kalam. Adalah diharapkan dengan adanya program ini , memberi sendikit sebanyak senario yang akan kepada semua murid tahun 6 sepanjang tahun 2010 ini. Semoga impian dan harapan yang diingini akan tercapai berkat kerjasama semua pihak.

ACARA PADANG AKHIR SUKAN SKSB KE-25

Acara padang akhir iaitu Lompat jauh , Lompat Tinggi Lelaki A , B dan Perempuan A,B lontar peluru lelaki A dan perempuan A telah dijalankan 4 Februari. Acara padang itu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.... latihan perbarisan di Padang Awam Felda Taib Andak...

SEMINAR IBU BAPA CEMERLANG 2010

Seminar Ibu Bapa Cemerlang telah berjaya dijalankan di Bilik Perpustakaan SKSB. Seminar anjuran PIBG SK Sinar Bahagia ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa / penjaga murid-murid sekolah ini. Semoga dengan adanya seminar ini , ibu bapa / penjaga dapat membantu anak-anak mereka ke arah kecemerlangan pelajaran mereka. Semoga program seumpama ini akan diadakan pada masa yang akan datang.