Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

TAHNIAH PASUKAN OLAHRAGA DAN TENIS

Tahniah kepada pasukan tenis... kecil-kecil si cili padi... juara persaorangan tu.... Tahniah dan syabas kepada Ustaz Zaki... dapat membimbing pasukan tenis dan boling... teruskan Ustaz... Peserta yang bakal ke MSSJ... teruskan usaha untuk mengharumkan nama SKSB serta meningkatkan pencapaian diri... Selamat Maju Jaya... ...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

MAJLIS PENUTUPAN KEMPEN ANTIDADAH PERINGKAT SKSB 2010

Berikut atur cara majlis : 9.00 am : Pameran oleh Jabatan Penjara Sempang Renggam. Murid-murid bergerak mengikut kelas masing-masing dan diberi penerangan oleh pegawai penjara. 10.30 Taklimat "mesej dari penjara" disampaikan oleh Sarjan Tuan Roslan B Mahmud Demonstrasi sebatan dan hukuman gantung sampai mati. 12.15 Program berakhir Aktiviti sepanjang minggu itu ialah... 1. Melukis poster ( hari Khamis 10.30 -12.30 ) 2. Teka silangkata 3. Membuat buku skrap antidadah.

Hayati..

YANG KURIK ITU KUNDI, YANG MERAH ITU SAGA, YANG KERAS ITU TAKAL; YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA, YANG PANTAS ITU AKAL. Terima kasih kepada pensyarahku yang menurunkan ilmu ini. Selama ini kita hanya tahu 4 rangkap sahaja, tetapi sebenarnya ada 6 rangkap.. kerana dasar penjajah tidak mahu melihat bangsa Melayu maju hanya tertumpu pada budi bahasa sahaja....

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Sekalung tahniah kepada Panitia Agama Islam SKSB kerana berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2010. Dari gotong-royong hingga ke hari kemuncak sambutan... segala-galanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama untuk memastikan majlis ini berjaya dengan sempurna. Kepada para dermawan yang sudi menghulurkan bantuan , sekali lagi ucapan terima kasih diucapkan . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi tuan-tuan. Semoga majlis seperti ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang...

TERKINI...TRANFORMASI SKSB

SELAMAT PENGANTIN BARU..... PUAN NOR ARIDA

Kami warga SKSB mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada Puan Nor Arida Bt Hj Kadir kerana akan melangsungkan perkahwinannya pada 21 Mac 2010 ini. Kami doakan semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat... ..... Jom cikgu SKSB , ramai-ramai kita ke Bukit Senggeh...

ADA SESIAPA YANG NAK KOMEN ......?????

SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH 2010

Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah 2010 telah dilancarkan pada hari ini iaitu 8 Mac 2010 ( Isnin ). Pelancaran tersebut telah berlansung serentak dengan perhimpunan rasmi mingguan. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang majlis itu ialah 1. Membaca perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia - Oleh Pn Maisarah ( GPK KEM ) 2. Ucapan Guru Besar - bertemakan membenteras dadah. 3. Membaca ikrar antidadah oleh semua pelajar 4. Program 5 minit antidadah. Berikut ialah aktiviti sepanjang minggu ini :- 1. Kuiz antidadah 2. Pertandingan melukis poster antidadah ( Tahap 2 ) 3. Pertandingan mewarna poster antidadah ( Tahap 1 ) 4. Pertandingan Buku skrap antidadah ( Tahun 6 ) Majlis penutupan Minggu Antidadah akan diadakan mengikut ketetapan di bawah; Tarikh / hari : 11 Mac 2010 ( Khamis ) Masa : 10.30 -12.30 tengah hari Tempat : SKSB Aktiviti : 1. Ceramah Antidadah oleh penceramah jemputan dari AADK

SYABAS DAN TAHNIAH

PASUKAN OLAHRAGA SKSB 2010 3 Emas , 3 Perak dan 2 Gangsa Tempat ke-5 keseluruhan Zon Tenggara PASUKAN SEPAK TAKRAW TEMPAT KE-3 KESELURUHAN Zon Tenggara PASUKAN BADMINTON Naib Johan Keseluruhan Lelaki Zon Tenggara