Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

ORENTASI DARJAH 1 DAN KUTIPAN YURAN 2011

MESYUARAT AWAL TAHUN 2011

Mesyuarat awal tahun untuk sesi persekolahan 2011. Mesyuarat ini telah dijalankan pada 27 Disember 2010.

AHLI BARU SKSB

Cikgu Wan Hafizah Bt Wan Hashim. Guru baru Prasekolah SKSB. Selamat datang bertugas diucapkan kepada beliau.

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BAHARU

Selamat bertugas di sekolah baharu diucapkan kepada Encik Roslan Yatiman , Encik Asraf Mubarak Bin Atan dan Encik Mohd Hafidz B Zainuddin, ribuan kemaafan andaikata sepanjang berada di SKSB terdapat salahkata terlebih bicara..semoga berbahagia di tempat dan suasana baru. Anak negeri mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati; Di dalam hati tidak akan lupa Bagai rambut tersimpul mati. ( oleh : Roslan Yatiman )

PEMBELIAN BUKU DAN ALAT TULIS SESI PERSEKOLAHAN 2011

Ibu bapa penjaga murid-murid SK Sinar Bahagia telah mula membeli keperluan buku dan alat tulis untuk sesi persekolahan 2011. Sesi pembelian ini berlangsung pada minggu ke-3 dan ke-4 bulan Disember ini. Dengan ini diharapkan semua ibu bapa penjaga murid-murid SK Sinar Bahagia menggunakan tempoh yang ditetapkan untuk membeli barang-barang keperluan anak-anak mereka.

Kod Babi pada makanan- berhati-hati

Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi. E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904. Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Eksekutif Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri. Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu: 1. Melantik seorang Perdana Menteri. 2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen. 3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan