Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Kursus Penandaan BM 012/1 Daerah Kulai

Bengkel pendedahan penandaan Bahasa Melayu 012/1 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kota Kulai 2. Bengkel ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 27 Mei 2010. Bengkel ini telah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan menanda kertas 012/1 kepada semua guru Bahasa Melayu yang mengajar murid di tahun 6 SK yang tiada pengalaman menanda. Semoga dengan adanya pendedahan ini akan memberikan ilmu penandaan kepada mereka, di samping dapat menurunkan tip-tip terkini untuk membimbing murid menjawab soalan UPSR nanti. Selain itu, objektif utama bengkel ini supaya keputusan yang diperoleh oleh murid pada UPPM 2 ini adalah daripada penandaan yang standard bagi seluruh daerah Kulai. Pada asalnya jumlah peserta yang dicadangkan ialah 32 orang sahaja iaitu setiap sekolah diwakili oleh seorang sahaja peserta . Namun atas permintaan ramai, jumlah penyertaan telah dibuka dan hampir 50 orang peserta telah menyertai bengkel ini. Tahnia

UJIAN UPPM 2 TAHUN 6 2010

UJIAN UPPM 2 TAHUN 2010 JADUAL MENGIKUT TARIKH DI BAWAH : SELASA 25.5.2010 7.30 am - 8.30 am : Bahasa Melayu ( Pemahaman ) 8.35 am - 10.00 am : Bahasa Melayu ( Penulisan ) 10.00 am - 10.30 am : REHAT 10.30 am - 11.20 am : Matematik ( Kertas 2 ) RABU 26.5.2010 7.20 am - 8.40 am : Matematik ( Kertas 1 ) KHAMIS 27.5.2010 7.20 am - 8.55 am : Sains 9.00 am - 10.00 am : Bahasa Inggeris ( Kertas 1 ) 10.00 am - 10.30 am : REHAT 10.30 am - 11.55 am : Bahasa Ingggeris ( Kertas 2 )

SEKITAR HARI GURU SKSB 2010

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari guru bagi tahun 2010 ini. Kepada AJK BKGKT yang bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan yang diberi , ribuan terima kasih dan syabas diucapkan. Semoga kerjasama yang erat antara kita akan terus berkekalan pada masa-masa akan datang. Untuk melihat gambar seterusnya sila pergi ke ruangan kenangan ( Hari Guru 2010 )

PERKHEMAHAN AKADEMIK 2010

Perkhemahan akademik telah diadakan pada 14 dan 15 Mei 2010. Seramai 140 orang murid tahun enam SKSB dan SK Inah terlibat dalam perkhemahan ini. Murid-murid ini didedahkan kepada teknik menjawab soalan UPSR. Semoga dengan adanya perkhemahan ini , dapat menambah pengetahuan murid untuk menjawab soalan UPPM 2 yang bakal menjelang serta untuk persiapan dan persediaan untuk menghadapi UPSR nanti..

TAMAN HARI JADI

TAMAN HARI JADI.... SELAMAT HARI JADI KEPADA SEMUA AHLI BKGKT.... Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK BKGKT yang telah bersusah payah untuk membentuk Taman Hari Jadi ini,kerana dengan adanya taman ini, semua ahli dapat mengetahui tarikh lahir setiap ahli BKGKT... Kepada yang telah , sedang atau akan menyambut hari jadinya... Kami mengucapkan SELAMAT HARI JADI.. semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam lindungan Allah....

PESANAN BUAT SEMUA SUAMI.....

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik

SAMBUTAN HARI GURU 2010

Sambutan Perayaan Hari Guru 2010 Tarikh: 16 Mei 2010 (Ahad) Tempat: Universiti Malaysia Pahang Tema: Guru Pembina Negara Bangsa Aturcara Majlis Pelancaran: 8.00 pagi - Ketibaan jemputan 9.25 pagi - Ketibaan YAB Menteri Besar Pahang 9.30 pagi -

KEMPEN BEBAS DENGGI SKSB