Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

KELEBIHAN RAMADHAN

KELEBIHAN RAMADHAN Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 3. Abu Hurairah telah berkata : A

TAZKIRAH : 15 TANDA KEMATIAN MULIA

Tazkirah. 15 tanda kematian mulia Bersama ustaz Mohd Zawawi Yusoh KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita. Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut. Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan. Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ial

LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN Ertinya: " Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. " LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala. Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Salam Ramadhan

PEMBERITAHUAN TERKINI....

AUDIT AKADEMIK UPPM TAHUN 6

UPSR 2010 bakal menjelang pada 21 , 22 dan 23 September 2010 nanti. Pihak sekolah dengan diterajui oleh unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Audit Akademik UPPM mengikut kelas tahun 6 yang ada iaitu 5 Ogos kelas 6 Ibnu Sina... 6 Ogos Kelas 6 Ibnu Bhatuta... 9 Ogos Kelas 6 Ibnu Khaldun dan 10 Ogos Kelas 6 Ibnu Zhar. Ibu bapa penjaga murid telah dijemput hadir ke sekolah mengikut kelas anak mereka berada. Majlis ini telah dil;angsungkan di Bilik Gerakan SKSB. Guru Besar telah membentangkan pencapaian secara individu kepada setiap ibu bapa penjaga murid yang hadir. Tujuan pembentangan pencapaian ini diadakan untuk memperlihatkan perkembangan semasa pencapaian setiap murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR nanti. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ibu bapa penjaga untuk hadir ke majlis ini. Segala pandangan dan teguran yang berikan amat kami alu-alukan . Semoga dengan adanya kerjasama ini akan mempertingkatkan lagi pencapaian cemerlang SKSB

SELAMAT DATANG ... GPK 1

Kami warga SK Sinar Bahagia mengalu-alukan kedatangan GPK 1 yang baharu iaitu Pn Nazah Bt Salim. Beliau menggantikan tempat GPK 1 yang telah berpindah ke Tenggaroh 5 iaitu En Kamaludin B Sujan. Pn Naza merupakan bekas guru penolong di SK Bukit Besar sebelum berpindah ke SK Felcra Sungai Ara apabila dinaikkan pangkat menjadi GPK 1. Semoga dengan kehadiran beliau akan meningkatkan lagi prestasi SK Sinar Bahagia.