Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014

KHAMIS, 28 OGOS - Sambutan Kemerdekaan Peringkat SKSB 2014 dengan tema, "Malaysia: Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" telah dijalankan dengan meriah. Sambutan hangat daripada warga sekolah telah memastikan acara berlangsung dengan lancar. Acara yang berlangsung adalah sukaneka untuk murid-murid Tahap 1, manakala murid-murid Tahap 2 pula menyertai perarakan 'Basikal Merdeka'. Terdapat juga pertandingan persembahan nyanyian lagu patriotik dan pakaian beragam. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan. Hadiah disampaikan oleh GPK1, En. Ahmad bin Awang.