Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN HJ ZAINAL

Sabtu, 9 Julai 2011 - Majlis makan malam sempena persaraan GPK Kokurikulum SKSB, Tn. Hj. Zainal Abidin bin Ayob telah diadakan di atas Kapal Danga Cruise di Danga Bay, JB. Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan Kapal Cruise ini mula belayar mengelilingi Selat Tebrau dari jeti menuju JB Waterfront dan berpatah semula ke jeti. Antara yang hadir ialah mantan GB, Tn. Hj. Mohd Othman bin Talib, YDP PIBG, Pn. Hjh. Noribah binti Amat Kalam dan tetamu-tetamu jemputan iaitu beberapa orang bekas guru yang pernah berkhidmat di SKSB. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dan memeriahkan majlis makan malam ini. Sekalung tahniah kepada yang jawatankuasa yang terlibat dan semoga Tn. Hj. Zainal Abidin akan beroleh rahmat dan kurniaan-Nya selepas menjalani kehidupan sebagai pesara guru.

HARI USAHAWAN 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Larian 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan dengan jayanya pada 2 Julai 2011, bertempat di perkarangan SKSB. Acara dimulakan dengan sesi senamrobik dan memanaskan badan. Trek larian bermula dari pintu hadapan sekolah melalui Kg. Seelong dan berakhir semula di sekolah. Objektif 1 Murid 1 Sukan adalah untuk melibatkan setiap murid dengan pelbagai aktiviti sukan yang terdapat di negara ini dan membentuk warga Malaysia yang sihat dan cergas. Larian ini telah berjalan serentak di seluruh negara dengan perasmian utama larian ini dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin di Padang Esplanade, Taiping, Perak.

HARI-HARI TERAKHIR TN HJ ZAINAL DI SKSB

MAJLIS ISRA MIKRAJ SKSB 2011