Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

MINGGU BAHASA MELAYU

Dari 9 hingga 13 April 2012 yang lalu, Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti mendeklamasikan sajak, berbalas pantun, melagukan syair , pertandingan bercerita, pertandingan teka silang kata dan beberapa aktiviti yang lain. Aktiviti dijalankan selama 1 jam selepas waktu rehat. Hari kemuncak Minggu Bahasa ini akan diadakan pada 21/4/2012 ( Sabtu ). Malam Gala Bahasa Melayu itu akan menampilkan pemenang setiap pertandingan dan juga persembahan khas daripada guru-guru SKSB. Semoga Malam Gala itu nanti berjalan dengan lancar dan berjaya.

KARNIVAL BAHASA INGGERIS ZON TENGGARA

Pada 12 April 2012 , murid-murid SKSB telah menyertai pertandingan "Story Telling" dan "Public Speaking" sempena Karnival Bahasa Inggeris Zon Tenggara yang diadakan di SK LKTP Sungai Sayong. Peserta SKSB iaitu adik Nur Aizat Fakihah Bt Azmi telah menjuarai bahagian "Story Telling" manakala adik Khairunnisa Bt Kamaruzaman telah menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan "Public Speaking". Tahniah diucapkan kepada peserta SKSB serta tidak lupa kepada jurulatih dan guru pengiring. Semoga mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang. Tahniah sekali lagi diucapkan.

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT KULAIJAYA

SOLO TERBAIK PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA. Walaupun hanya menduduki tempat ke-4 dalam pertandingan Nasyid Peringkat Kulaijaya, namun SOLO terbaik telah dirangkul oleh peserta SK Sinar Bahagia iaitu adik Nur Afiqah Atirah Bt Hussin. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat semoga pencapaian pasukan nasyid SKSB lebih cemerlang pada masa akan datang.

MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG

Tahniah diucapkan kepada BKGKT kerana telah berjaya menganjurkan majlis perpisahan dan selamat datang kepada guru-guru yang baru masuk ke SKSB dan guru-guru yang berpindah ke sekolah lain.

MERENTAS DESA 2012

Pada 7 April 2012 SK Sinar Bahagia telah menganjurkan Larian Merentas Desa untuk semua murid tahun 3 , 4 , 5 dan 6. Larian ini sejauh 3 km untuk murid tahun 3 dan 3.5 km untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua AJK larian merentas desa ini kerana telah menjayakan projek ini dengan jayanya. Tidak terkecuali pihak RELA FTA, PIBG SKSB dan orang perseorangan yang turut terlibat sama menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini akan dapat dilakukan pada masa-masa akan datang. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

GPK 1 SKSB YANG BAHARU

USTAZ IDRIS BIN ZAKARIA....GPK 1 SK Sinar Bahagia yang baharu. Mula bertugas di SKSB mulai bulan Mac 2012. Adalah diharapkan semua warga SKSB memberi kerjasama sepenuhnya kepada beliau dalam urusannya membantu guru besar mentadbir perjalanan sekolah ini.

GURU PELATIH PISMP RBT 1

Guru Pelatih PISMP RBT 1 iaitu cikgu Nor Fatn Bt Abd Mohksin dan Cikgu Nisrin Zakhary Anak Anoi sedang melukis mural di dinding bilik Kemahiran Hidup. Semoga hasil nukilan mereka menjadi sumber inspirasi kepada semua murid untuk lebih tekun belajar dan pihak sekolah mendoakan akan kejayaan kedua-dua guru pelatih ini dengan kejayaan yang gemilang dan tabah menghadapi segala dugaan.

Aktiviti Bulan Mac dan April

Kempen Kitar Semula sempena sambutan selamatkan bumi.... marilah sama-sama kita menjayakannya. Majlis penyampaian hadiah ... kempen anti dadah peringkat SKSB 2012