Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa.

Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran & Sarjana Tahun 2010 Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Intitusi Pengajian Tinggi Awam dalam negara. Permohonan secara on-line boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my mulai 18 Januari 2010 hingga 17 Februari 2010. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman web tersebut. Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

UCAPAN TERAKHIR SEORANG GURU KEPADA MURID-MURIDNYA

Semoga segala amanat terakhir yang disampaikan kepada murid-murid akan sentiasa diingat dan dikenang kerana begitu banyak jasa guru ini kepada murid-murid SK Sinar Bahagia.

TEAM MEMBUAT LORONG

"Abg Mat"...70'an "Abg Yus".. baju batik..!!!! Kepenatan setelah menyiapkan trek...... Ucapan tahniah kepada kesemua guru yang terlibat dalam pembinaan lorong untuk temasya sukan SKSB. Tanpa pengorbanan guru-guru ini pasti trek untuk larian tidak akan terbentuk. Untuk makluman semua , padang sekolah SK Sinar Bahagia tidak dapat digunakan untuk satu jangka masa yang lama kerana digunakan untuk projek pembinaan bangunan baru. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah telah meminta kebenaran daripada pihak Pengurusan Felda Taib Andak untuk menggunakan Padang Awam sempena temasya itu nanti. Kerjasama yang diberikan oleh pihak Pengurusan Felda Taib Andak adalah amat dihargai dan dialu-alukan. Semoga temasya sukan SKSB kali ke-25 pada 11 Februari 2010 ( Khamis ) nanti berjalan dengan lancarnya... Insya-Allah.

KENANG DAKU DALAM DOAMU

Ucapan terakhir cikgu Rosmaini "Yus Adam" SK Sinar Bahagia kehilangan seorang lagi ahlinya pada tahun ini kerana Cikgu Rosmaini akan berpindah ke penempatan baharunya di SK Ampang Selangor. Sehubungan dengan itu pihak BKGKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Rosmaini atas jasa-jasanya meningkatkan pencapaian akademik SKSB khasnya subjek Bahasa Inggeris. Kami berharap dengan perpindahannya itu bukan bererti tamatnya perhubungan , semoga kita akan dapat berhubung dari semasa ke semasa serta dapat menambahkan lagi program pertukaran soalan atau sebagainya antara kita. Doa kami semoga "Yus Adam" akan berbahagia di tempat baharu dan cepat-cepat......"kahwin"......

TRANFORMASI SKSB

TERKINI SK SINAR BAHAGIA

BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR

Unit Kaunseling SKSB telah mengadakan Bengkel Kemahiran Belajar untuk kesemua murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki ujian UPSR pada tahun ini. Program ini telah dilangsungkan pada 26 Januari 2010 di Perpustakaan SK Sinar Bahagia. Seramai 133 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini. Penceramah Bengkel Kemahiran Belajar pada kali ini ialah En Buliah B Kasim , Kaunselor SMK Alauiddin Bukit Besar. Semoga dengan adanya bengkel ini akan dapat memberikan ilmu kepada murid-murid tentang cara-cara belajar yang betul serta menyediakan para pelajar ke arah kecemerlangan yang diharapkan pada tahun ini.

MINGGU BERKABUNG

Atas kemangkatan DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010 seluruh warga Johor diminta berkabung untuk selama 7 hari. Warga SK Sinar Bahagia juga tidak terkecuali untuk turut berkabung. Semua Kakitangan , guru dan murid-murid SK Sinar Bahagia diminta untuk memakai pakaian berkabung selama 7 hari. Guru dan murid-murid lelaki dikehendaki memakai songkok berlilit kain putih manakala guru dan murid-murid perempuan diminta untuk memakai tudung putih sepanjang tempoh berkabung berjalan.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Pada 22 Januari yang lalu , Kursus Kepimpinan Pengawaas telah diadakan di Perpustakaan SKSB. Tujuan diadakan untuk memupuk sifat kepimpinan pada kalangan pengawas sambil itu untuk menyerahkan watikah lantikan kepada pengawas-pengawas baru. Adalah diharapakn dengan adanya kursus ini dapat membantu pengawas memahami tugas mereka, seterusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan , efektif dan amanah.

Peraturan berkabung...

myMetro Rakyat Johor berdukacita : "Menurutnya, peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam. Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri. Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri." Bendera Negeri dikibarkan separuh tiang selama 7 hari. Al-Fatihah.. Sumber: Harian Metro

BAHAN TERKINI DI PUSAT SUMBER

Pusat Sumber SKSB telah menerima Kampus Astro untuk tujuan pendidikan. Murid dan guru SKSB boleh menggunakannya untuk menambah ilmu mereka melalui program ini. Semoga alatan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

BOLING - SYABAS TEAM SKSB

Pada 20 Januari 2010 pasukan boling SKSB telah menyertai pertandingan Boling Tenpin MSSD Kulai di IOI Mall . Seramai 13 orang peserta SKSB lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan itu. Berikut ialah keputusan pertandingan : Mohamad Azwan B Zainuddin - Tempat ke - 3 ( terpilih ke MSSJ ) Mohamad Fitri B Mohd Farid - Tempat ke - 5 ( roll off - semoga berjaya terpilih ke MSSJ ) Lelaki 12 - Johan Berpasukan ( Walaupun kategori ini tidak dipertandingkan namun syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka ) Sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan boling SKSB kerana sentiasa setiap tahun menghasilkan bakat-bakat baru yang dapat diketengahkan ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri Insya-Allah. Kepada jurulatih dan merangkap pengurus pasukan Ustaz Mohd Zaki, tahniah diucapkan kerana usaha tanpa jemu cikgu ke arah kecemerlangan Kokurikulum SKSB....

SKSB/JPNJ/UPSR/ETR (2010)

HEAD COUNT UPSR SK Sinar Bahagia bagi tahun 2010. Bersama-samalah kita menuju ke arah sasaran yang telah ditetapkan. Dengan iltizam dan usaha tanpa kenal jemu... Insya-Allah , kita akan berjaya.

KEM MOTIVASI IBU BAPA PENJAGA MURID TAHUN 4,5 DAN 6

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sinar Bahagia akan menganjurkan satu Kem Motivasi untuk Ibu Bapa Penjaga murid Tahun 4,5, dan 6. Program yang dirancang itu akan dijalankan mengikut ketetapan di bawah :- Tarikh : 24 Januari 2010 Tempat : Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia Bayaran : RM20.00 ( RM 10.00 ditanggung oleh pihak PIBG ) Surat penyertaan dan bayaran boleh diserahkan kepada guru kelas anak tuan/puan. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan. Kerjasama daripada ibu bapa/penjaga untuk menyertai program ini adalah sangat dialu-alukan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak tuan.

PROGRAM MEMBALUT BUKU ANJURAN PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Sinar Bahagia telah mengadakan program membalut buku secara percuma untuk semua pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6. Program ini dijalankan mulai 16 Januari 2010 sehingga selesai semua semua buku tulis dan teks disampul. Tujuan program ini adalah untuk memanjangkan jangka hayat buku agar dapat diwarisi @ digunakan sehingga ke beberapa generasi. Adalah diharapkan ibu bapa penjaga dapat memantau dan menjaga buku teks (SPBT) yang ada pada anak mereka supaya sentiasa dalam keadaan baik. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat diharapkan. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

CATUR ZON TENGGARA - SKSB JUARA INDIVIDU LELAKI

Pada 13 Januari 2010 ( Rabu ) pasukan catur SK Sinar Bahagia telah menyertai pertandingan Catur MSSM Zon Tenggara. Pertandingan ini telah diadakan di SK Bandar Tenggara 2. Sebanyak 9 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Arif Haiqel B Mohd Hairudin ( 6 Ibnu Sina ) kerana telah dinobatkan sebagai juara individu lelaki. Turut diucapkan tahniah ialah Cikgu Hjh Halimah Bt Hassan, sebagai jurulatih , pengurus dan guru pengiring. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pasukan-pasukan lain untuk merealisasikan target SKSB cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum. Tahniah sekali lagi diucapkan...

MALAM AMAL SK SINAR BAHAGIA ANJURAN PIBG

Malam amal SK Sinar Bahagia yang dirancang pada tahun lepas akan diadakan mengikut ketetapan berikut :- Tarikh : 6 Februari 2010 Hari : Sabtu Masa : 8.00 malam Kepada mereka yang sudah memberikan nama untuk menyertai program ini diminta membuat pengesahan semula. Kepada mereka yang ingin menyertai program ini boleh memberikan nama kepada YDP PIBG Pn Noribah Bt Amat Kalam ( tel : 0197166196 ) atau NYDP En Juhaidi B Majmon Adalah diharapkan mendapat kerjasama daripada bekas-bekas guru atau pelajar bagi menjayakan program ini. Sekian terima kasih.

PERTANDINGAN MENULIS SURAT KEPADA PERDANA MENTERI SEMPENA PROGRAM PENGHAYATAN 1MALAYSIA

"Tulis satu lembaran surat kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai hasrat atau cadangan anda terhadap kepentingan memupuk perpaduan kaum dan hidup bersatu, serta apa yang boleh dilakukan untuk terus mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia." Sila dapatkan borang penyertaan daripada pejabat pentadbiran sekolah atau muat turun di laman sesewang www.skmm.gov.my dan www.pos.com.my Pertandingan menulis surat ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula pada 29 Disember 2009 hingga 19 Februari 2010. Hantarkan hasil karya anda bersama borang penyertaan ke alamat Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri, Peti Surat 1000, 50796 Kuala Lumpur. Kategori A - Sekolah Rendah: Hadiah Tempat Pertama : Wang tunai RM3.000.00, Sebuah Komputer Riba, Sijil Penyertaan, Kamus, Baucar Buku,Buku setem dan akaun pesanan tetap setem berjumlah RM50.00 Hadiah Tempat Kedua : Wang tunai RM2,000.00, Sebuah Kamera Digital, Sijil P

PROJEK MEMBUAT PARKIRAN

lurusssssss..!! Yang duduk bersimpuh tu... kontraktor JKR...!! Bersungguh-sungguh ..... Siapa parking kat sini aku ... lanyak...!! Siap juga akhirnya....!!! BKGKT mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang sudi untuk bergotong-royong menyiapkan tempat meletak kereta di kawasan rumah guru. Projek ini dijalankan pada 09 Jan ( Sabtu ). Sebanyak 22 petak tempat meletak kereta telah dapat disiapkan. Semoga amalan bergotong-royong ini dapat terus diamalkan pada masa-masa akan datang. Dengan siap terbinanya parkiran ini, maka diharapkan para guru SKSB ( sesi pagi khususnya ) dapat meletakkan kereta mereka pada ruangan yang telah disediakan. Kerjasama daripada cikgu semua adalah amat dihargai.

PROGRAM BACAAN YASIN

Program bacaan Yasin dan Usrah ini dijalankan oleh Panitia Agama Islam pada setiap pagi hari Jumaat. Semua murid sesi pagi dari darjah 4 hingga 6 terlibat dalam program ini. Adalah diharapkan dengan adanya program ini akan dapat menerapkan hidayah yang baik kepada setiap warga SKSB di samping membasmi "buta Al Quran" dalam kalangan murid-murid SKSB. '

LAGI AHLI BARU SKSB

Warga SKSB mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru ke SKSB ... Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke sekolah ini. Semoga kalian akan berbahagia di sini dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan semangat. Kiri Cikgu Rafidah dan kanan.. Cikgu Salamatulsalwa Yang ni pula... Orang "Lama" tapi macam baru... apa pun selamat kembali bertugas di SKSB.. Semoga akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian SKSB dalam bidang akademik dan sukan.

MINGGU ORENTASI

Unit Disiplin dan Kaunseling SK Sinar Bahagia telah mengadakan minggu orentasi kepada semua murid tahap 2 pada 5 dan 6 /1/2010. Tujuan diadakan minggu orentasi ini adalah untuk mengingatkan semula kepada semua murid-murid tentang Peraturan Sekolah yang perlu dipatuhi dan diamalkan semasa berada di sekolah. Semoga dengan adanya minggu orentasi ini akan menambahkan tahap penguasaan disiplin murid-murid SKSB dan kesan daripada itu kurikulum serta kokurikulum akan bertambah maju.