Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

TAHNIAH USTAZ PUAD DAN ISTERI

Warga SK Sinar Bahagia mengucapkan tahniah kepada Ustaz Puad dan isteri. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

GOTONG ROYONG KECERIAAN KELAS TAHUN 1

  Pada 28/12/2013(Sabtu ) pihak sekolah telah mengadakan program gotong-royong bersama-sama dengan ibu bapa penjaga murid-murid SK Sinar Bahagia untuk menceriakan kelas murid-murid tahun 1. Kelas-kelas yang terlibat ialah tahun 1 Ibnu Sina, 1 Ibnu Batutah dan 1 Ibnu Zhar.      Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa penjaga murid yang sudi hadir untuk menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa penjaga yang sudi untuk menyumbang cat dan tenaga agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.   Program ini bertepatan dengan program Sarana Ibu Bapa yang menggalakkan  penglibatan mereka dan pihak luar ke dalam  aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga program yang baik ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang.

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

       Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu iaitu Cikgu Zaki Bin Abu Bakar. Mula bertugas di SK Sinar Bahagia mulai November 2013. Beliau menggantikan Cikgu Norsita yang ditugaskan ke SK Kulai 1. Semoga SKSB  terus cemerlang dalam bidang kokurikulum di bawah kepimpinan beliau.

ARAHAN PINDAAN PEMAKAIAN BATIK KE HARI AHAD

Mesyuarat Pengurusan 1/2014

Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun 2014 telah dijalankan pada hari Isnin, 23 Disember 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd. Hazeyhan bin Totor, GPK1.