Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

HARI TERBUKA SKSB 2009

Ibu bapa sedang berbincang dengan guru berkenaan pencapaian anak mereka. Guru-guru turut berbincang sebelum bertemu dengan ibu bapa penjaga. Setia ..... menunggu giliran.... Para guru setia mendengar pandangan dan teguran daripada ibu bapa penjaga.

DOA

Assalamualaikum, Marilah sama-sama kita berdoa moga anak rakan kita, (Pn.Hjh Halimah), cepat sembuh seperti sedia kala. Kita doakan juga, moga rakan kita tabah menghadapi dugaan daripada Allah. Sesungguhnya, ada hikmah yang diberikan oleh Allah disebalik dugaan hebat yang beliau hadapi itu. Ayahanda, Hj.Man Talib

SPSK - JPNJ

Assalamualaikum, 1. Tahniah kerana sekolah kita telah terpilih menjadi sekolah rintis SPSK, Ayahanda berharap semua guru dan staf sokongan telah faham konsep SPSK. Marilah kita berganding bahu melaksanakan SPSK dengan jayanya. Terima kasih. Ayahanda, Hj.Man Talib

PEMANTAUAN PBS KALI KE-2 2009

Assalamualaikum... Kepada guru-guru yang terlibat dalam pentaksiran PBS iaitu PLBS , SBOA , PAFA , PEKA. Dari tahun 1 hingga tahun 6 , pemantauan PBS kali ke-2 akan dilakukan pada ketetapan berikut :- Tarikh : 6 hb Julai 2009 Hari : Isnin Masa : 8.00 pagi. Pada kali ini , para akan melihat bukti cerapan yang telah dilakukan , sekurang-kurangnya cerapan yang telah dilakukan untuk penggal pertama. Untuk PLBS dan SBOA , pemantau akan melihat berdasarkan sistem komputer yang telah diberi pada awal tahun. Semoga telah dikemaskini. Guru-guru diminta bersedia dan mengemaskini cerapan untuk semua taksiran PBS. Keutamaan kepada tahun 6, kerana pemantau akan mencerap murid tahun 6. Seramai 10 orang murid akan dicerap untuk setiap bidang. Untuk sekolah yang gurunya menjadi Pentaksir Kawasan , sekolah me

8M mengatasi keinginan merokok....

MELENGAH Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok. MENARIK NAFAS PANJANG Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan. MINUM AIR Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya. MEMBUAT SESUATU Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya. MENGUNYAH SESUATU Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula. MANDI ATAU BASUH TANGAN Kalau berada di rumah,m

Latihan Dalam Perkhidmatan

Jebeng, nash ... ko rang dengo ceramah ke beborak..?? Khusyuk... dan sambil berfikir.... Pak Ku simulasi ape tuuuu.... Hai... Norziah sempat mengait .... Guru-guru SKSB sedang tekun mendengar dan mengamati kursus yang disampaikan oleh para penceramah...

SELAMAT HARI BAPA........

Selamat Hari Bapa,Ayah,Deddy,Abah,Abi... dan ape sahaja yang sewaktu dengannya..... Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus. Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak. Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita. SELAMAT HARI BAPA

PERTANDINGAN SAHIBBA DAERAH KULAIJAYA

Pada 16.6.2009 Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kulaijaya telah diadakan di SK Sedenak. Sekolah Sinar Bahagia telah menghantar 2 orang peserta untuk bertanding. Walaupun hanya berjaya setakat pusingan separuh akhir sahaja namun semangat bertanding para peserta patut dipuji. Pihak panitia Bahasa Melayu akan berusaha untuk mempertingkatkan kebolehan berbahasa murid agar lebih berkeyakinan ketika menyertai pertandingan itu pada masa akan datang.

PESANAN IMAM GHAZALI

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati de

TRANSFORMASI... SKSB

Terdapat beberapa bangunan lama telah dirobohkan untuk didirikan bangunan baru bagi memenuhi keperluan semasa pelajar dalam menjalani proses pembelajaran. Semoga dengan terdirinya bangunan baru 4 tingkat itu , diharapkan mutu , kualiti akademik SKSB akan bertambah baik. Tinggal tunggul.....!!!! Tapak untuk pembinaan bangunan baru 4 tingkat. Kabin ..... Kelas sementara untuk murid-murid yang kelas mereka telah dirobohkan.... Walau apa sebab sekali pun , P&P tetap diutamakan.