Skip to main content

PEMANTAUAN PBS KALI KE-2 2009

Assalamualaikum...

Kepada guru-guru yang terlibat dalam pentaksiran PBS iaitu PLBS , SBOA , PAFA , PEKA. Dari tahun 1 hingga tahun 6 , pemantauan PBS kali ke-2 akan dilakukan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 6 hb Julai 2009 BestFreeDesign.Com border=


Hari : Isnin

Masa : 8.00 pagi.

Pada kali ini , para akan melihat bukti cerapan yang telah dilakukan , sekurang-kurangnya cerapan yang telah dilakukan untuk penggal pertama. Untuk PLBS dan SBOA , pemantau akan melihat berdasarkan sistem komputer yang telah diberi pada awal tahun. Semoga telah dikemaskini.

Guru-guru diminta bersedia dan mengemaskini cerapan untuk semua taksiran PBS. Keutamaan kepada tahun 6, kerana pemantau akan mencerap murid tahun 6. Seramai 10 orang murid akan dicerap untuk setiap bidang.

Untuk sekolah yang gurunya menjadi Pentaksir Kawasan , sekolah mereka akan ditaksir oleh Ketua Pentaksir Kawasan. Berikut ialah senarai nama pentaksir yang akan melawati sekolah kita. Mereka ialah :-

PLBS - En Yusof B Mohamad ( SK Pengeli Timur ) Ketua Pentaksir Kawasan
- En Sahar B Buyong ( SK Sg Sibol ) Pentaksir Kawasan

SBOA - Pn Zainab Bt Mohd Tahir - ( SK Sg Sibol ) Pentaksir Kawasan

PEKA - En Yusof B Jaafar ( SK Sg Sibol ) Ketua Pentaksir Kawasan
Pn Fadzilah Bt Abu ( SK Bandar Tenggara 1 ) Pentaksir Kawasan

PAFA - En Mohd Nizam B Latif ( SK Bandar Tenggara 1 ) Pentaksir Kawasan

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.