Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Kepada Pak Ku... Selamat balik kampung di Kedah dan menjalankan tugas di sana. Kepada Heriyadi... Selamat bertugas di Taman U... Semoga anda berdua gembira bertugas di tempat yang baharu. Jangan lupa akan kawan-kawan di sini . Semoga persahabatan kita terus terjalin walau di mana pun kita di tugaskan. Mohon ribuan kemaafan andai kata sepanjang perkenalan kita ada terkasar bicara yang tidak menyenangkan dan minta dihalalkan makan dan minum ... ok....

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

Majlis Anugerah Cemerlang SKSB 2009 telah diadakan pada 20 hb Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat. Majlis ini telah diadakan di Dewan Raya Felda Taib Andak kerana Dewan SKSB telah dirobohkan untuk pembinaan sekolah baharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Felda Taib Andak iaitu Tuan Haji Hanafiah B Haji Hussin. Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk menyaksi dan menambahserikan majlis ini. Terdapat juga beberapa persembahan yang dibuat oleh murid-murid SKSB iaitu mendeklamasikan sajak dan Dikir Barat Bahasa ARAB. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Syukur kepada Tuhan kerana majlis penyampaian hadiah ini telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Kemuncak majlis dengan pemberian wang saguhati bernilai RM 250.00 beserta Mesin kira kepada semua calon UPSR yang mendapat 5A dalam peperiksaan itu baru-baru ini. Majlis disudahi dengan pemberian cenderamata oleh Tuan Guru Besar kepada Ketua Kampung Felda

UPSR 2009

Keputusan UPSR telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya masih belum terlewat untuk membaiki kelemahan kerana UPSR merupakan mata tangga yang pertama. Masih banyak lagi peperiksaan umum yang perlu dilalui. Pada pagi hari keputusan itu , Guru Besar Tn Hj Mohd Othman B Talib telah dijemput ke Hotel Selesa untuk menerima penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Johor kerana meraikan kejayaan "Lompatan Saujana" pada keputusan UPSR tahun ini. SKSB menduduki tempat kedua kategori "Lompatan Saujana" kategori sekolah luar bandar calon UPSR melebihi 100 orang bagi seluruh negeri Johor. Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2009 Peratus keseluruhan ialah : 78.63 % Bahasa Melayu Pemahaman : 100 % Bahasa Melayu Penulisan : 89.30 % Bahasa Inggeris : 82.44 % Matematik : 93.9 % Sains

JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6 , PENGAWAS DAN TAHUN 4 & 5

Pada 18 hb November , majlis jamuan akhir tahun untuk murid-murid tahun 6 , Pengawas dan murid-murid tahun 4 & 5 telah diadakan. Majlis ini telah dianjurkan oleh murid-murid itu sendiri dengan sedikit bimbingan daripada guru-guru terbabit. Untuk murid tahun 6 , majlis ini bertujuan untuk meraikan mereka yang akan ke sekolah menengah dan sebagai majlis perpisahan buat mereka. Kepada para pengawas pula sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. PENGAWAS TAHUN 6 2009 JASAMU DIKENANG............. Murid-murid tahun 4 dan 5 juga diraikan dalam majlis ini.

PROGRAM LITERASI DAN KHATAM AL-QURAN

KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF DAERAH KULAI 2009 Pada 17 November 2009 (selasa ) PPD Daerah kulai telah menganjurkan satu program j-QAF bertempat di Sk Senai. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ustaz Jamil Bin Husien Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sektor Pendidikan Islam Johor. Program ini telah dijalankan di SK Senai. Seramai 109 terlibat dalam Literasi Al-Quran dan seramai 136 orang dalam bahagian Khatam AL-Quran. Tujuan program in dijalankan untuk memperbaiki kemahiran membaca dan mencapai sasaran membaca lebih daripda iqra 4. Selain itu , ianya bertujuan untuk mendedahkan kaedah yang lain membaca Al-Quran seperti yang telah dipelajari di sekolah. SKSB telah menghantar 10 orang murid bagi menyertai program tersebut. Semoga program ini menjadi suatu inspirasi kepada para pelajar untuk lebih tekun untuk mengkhatamkan Al-Quran seperti rakan-rakan mereka yang lain.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2009

Unit kokurikulum SKSB telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu yang melibatkan kesemua unit beruniform. Perkhemahan ini diadakan pada 13,14dan 15 November 2009. Ianya telah dijalankan di Tiram Indah Village Resort. Seramai 114 orang pelajar dan semua guru SKSB telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Ikhtiar Hidup , Pertolongan Cemas , "Jungle Tracking", Malam Kebudayaan. dan lain-lain lagi... Walaupun hujan turun hampir sepanjang tempoh perkhemahan namun ianya tidak menjadi halangan.Di samping itu, peserta dilatih dengan penuh disiplin ala ketenteraan serta ketepatan masa dan cepat bertindak. Para peserta tabah menempuh dugaan. Malahan dugaan inilah yang menjadi pemangkin semangat dan menambah pengalaman peserta untuk menghadapi dugaan dalam kehidupan sebenar. Syukur kepada tuhan kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Keselamatan para peserta dan guru adalah perkara yang paling diutamaka

Jadual Aktiviti Akhir Tahun 2009 dan Awal Tahun 2010

21.11.2009 ( Sabtu ) - Mesyuarat Akhir Tahun 2009 23.11.2009 ( Isnin ) - Mensyuarat Pengurusan Pentadbiran 28.12.2009 ( Isnin ) - Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun 2010 29.12.2009 ( Selasa ) - Mesyuarat Panitia :- - 8.00 - 9.30 Bahasa Inggeris - 9.30 - 11.00 Kemahiran Hidup / PJK - 11.00-12.30 Bahasa Melayu 30.12.2009 ( Rabu ) - Mesyuarat Panitia:- - 8.00 - 9.30 Matematik - 9.30 - 11.00 Agama Islam / Sivik Kewarganegaraan - 11.00 - 12.30 Sains 31.12.2009 ( Khamis ) - Mesyuarat Panitia : - - 8.00 - 9.30 Kajian Tempatan - 9.30 - 11.00 J-Qaf / PSV - 11.00 - 12.30 PPSMI 1.1.2010 ( Jumaat ) - a. Pendaftaran dan Taklimat Tahun 1 ( Kantin sekolah ) - b. Pendaftaran dan Taklimat Pra Sekolah ( Bangunan Pra Sekolah

PROGRAM PASCA UPSR 2009

Setelah selesai menjalani ujian UPSR semua murid tahun 6 mengikuti program PASCA UPSR. Gambar di atas adalah sebahagian daripada program PASCA UPSR yang dilakukan oleh mereka. Mereka menyertai acara sukaneka. Semua murid tahun 6 diwajibkan untuk menyertai program itu.

PROGRAM KASIH SMK TAR PUTRA

Pada 9 November 2009 , unit kaunseling SMK Tar Putra telah datang ke SKSB untuk memenuhi program PASCA UPSR 2009. Encik Zainuddin ( Kaunselor SMK TAR Putra ) telah memberi taklimat kepada semua murid tahun 6 yang bersekolah di SMK TAR Putra tentang perkara yang perlu disediakan sebelum menghadapi alam persekolahan sekolah menengah nanti. Selain itu , lawatan itu bertujuan untuk menerangkan kepada murid-murid tahun 6 senario atau suasana yang bakal dilalui oleh murid-murid itu pada tahun depan. Semoga dengan kehadiran beliau , akan memudahkan kepada semua murid untuk membuat persiapan dan bersedia untuk menempuh alam persekolahan menengah mereka nanti.

RENCAM SEPANJANG PERTANDINGAN BOLING

Juara kanak-kanak Juara Invidu Keseluruhan Mereka sedang menunjukkan aksi masing-masing.....!!!! Joget ape tu banggg..!! Jangan masuk longkang...!! Aduh.. sakit pinggang aku..!! .....Harap..jatuh le semue pin... Relekkkk ..... !!! ..........Bang.. kite ade harapan juara tak..?? Peserta termuda....!!!