Skip to main content

UPSR 2009

Keputusan UPSR telah diumumkan. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang berjaya masih belum terlewat untuk membaiki kelemahan kerana UPSR merupakan mata tangga yang pertama. Masih banyak lagi peperiksaan umum yang perlu dilalui.

Pada pagi hari keputusan itu , Guru Besar Tn Hj Mohd Othman B Talib telah dijemput ke Hotel Selesa untuk menerima penghargaan daripada Pengarah Pendidikan Johor kerana meraikan kejayaan "Lompatan Saujana" pada keputusan UPSR tahun ini. SKSB menduduki tempat kedua kategori "Lompatan Saujana" kategori sekolah luar bandar calon UPSR melebihi 100 orang bagi seluruh negeri Johor.

Berikut adalah keputusan penuh UPSR 2009

Peratus keseluruhan ialah : 78.63 %

Bahasa Melayu Pemahaman : 100 %

Bahasa Melayu Penulisan : 89.30 %

Bahasa Inggeris : 82.44 %

Matematik : 93.9 %

Sains : 98.50%


MURID-MURID YANG MENDAPAT 5A



Duduk ,dari kiri
Nurul Aina Fariysha, Nur Shazwani Nabila , Nur Atika , Liya Saffura Hajar , Izah Atiqah

Berdiri dari kiri :
Deanial Azizi, Mohd Norsafiuddin , Mohd Fidaus Daud , Mohd Fikri , Mohd Iezwan , Mohd Izzudin ,Shazaha dan Mohd Hamka Azlan.

Seramai 13 orang murid SK Sinar Bahagia berjaya merangkul 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Tahniah diucapkan kepada mereka.


MURID-MURID YANG MENDAPAT 4A 1B



Berikut adalah mereka yang memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun 2009. Mereka ialah...

Lelaki dari kiri:
Mohd Nur Salman , Mohd Nazif Rifki , Mohd Khiri dan Faiz Najmi

Perempuan tengah- dari kiri:
Atiqah Syuhada , Nur Raihan Nabilla , Nur Hanani

Perempuan baris depan - dari kiri
Farah Aliza , Syafiqah Hassan , Amira Nadhirah , Nur Najmie Farahanis, Nur Farah Ain

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka. Semoga kejayaan mereka ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar tahun 6 seterusnya untuk memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Kepada guru-guru SKSB , usaha anda selama ini telah membuahkan hasil. Syabas diucapkan kepada anda semua kerana tanpa usaha daripada anda , kejayaan ini tidak akan datang begitu sahaja. Sekali lagi diucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian UPSR yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Comments

  1. Saya Hjh Noribah selaku YDP PIBG mengucapkan syabas dan tahniah kepada para guru yang telah bertungkus lumus menjadikan kejayaan satu realiti. Dan pada murid-murid sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya dengan cemerlang, kepada yang kurang berjaya harap dapat lebih gigih lagi di masa hadapan..perjalanan masih jauh lagi untuk mengecap kejayaan.Diharap segala usaha para guru dapat dikekalkan di tahun-tahun hadapan untuk menjadikan misi sekolah itu berjaya menjelang 2010 dan anak-anak didikan semua dapat meneruskan kesinambungan kejayaan ini dan lebih-lebih lagi di masa hadapan, insyallah. Kami warga PIBG akan sentiasa mendokong segala usaha dan aktiviti kurikulum, kokurikulum untuk melahirkan generasi yang cemerlang dan terbilang...amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada ulasan yang diberikan. Sebagai warga SKSB, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG yang selama ini sentiasa menghulurkan bantuan dari segi idea ataupun wang ringgit. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan demi kecemerlangan anak-anak SKSB.

    ReplyDelete
  3. Tidak terlambat rasanya untuk ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan yang telah gigih berusaha hingga Allah memberi kejayaan kepada kita. Sesungguhnya, keikhlasan dan ketelusan kalian semua membuat ayahanda gembira dan senang dengan kalian semua.

    Ikhlas dari Ayahanda Man Talib

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013