Skip to main content

Sejarah Sekolah







Nama asal Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia ialah Sekolah Kampung Bahagia sempena nama asal Felda Taib Andak iaitu Kampung Bahagia . Sekolah Kampung Bahagia ditubuhkan pada tahun 1961 atas desakan penduduk Kampung Bahagia dan disokong oleh pengurus dan Penghulu Kampung Melayu , Kulai ketika itu.

Bangunan Sekolah Kampung Bahagia pada ketika itu merupakan sebuah rumah panjang yang dibina bersebelahan rumah panjang peneroka asal yang merupakan tempat penginapan sementara mereka. Tapak bangunan Sekolah Kampung Bahagia ialah tapak warung sekarang . Bilik darjah ketika itu hanya 3 buah dan jumlah murid 30 orang sahaja . Ketika itu murid belajar setakat darjah 3 . Guru Besar yang pertama ialah Hj.Rahiman bin Mahadan dengan dibantu oleh 2 orang guru penolong.

Pertambahan penduduk menyebabkan Sekolah Kampung Bahagia tidak dapat menampung bilangan murid yang semakin ramai , maka pada pertengahan tahun 1962 , sekolah yang baru telah digunakan dengan bilangan muridnya seramai 216 orang . Sekolah baru ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Haji Hassan bin Haji Yunus , Menteri Besar Johor pada 31 Mac 1963 . Pada masa yang sama Sekolah Kampung Bahagia ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia . Pada peringkat awal , hanya terdapat sebuah bangunan dengan 7 buah bilik darjah dan sebuah daripada bilik darjah dijadikan pejabat . Guru Besar ketika itu ialah Encik Idros bin Paiman dengan dibantu oleh 9 orang guru penolong .

Oleh sebab bilangan murid yang semakin meningkat , bangunan sekolah ditambah menjadi 10 buah bilik darjah . Dengan jumlah blok yang masih tidak mencukupi, satu blok bangunan lagi telah dibina secara gotong-royong .Walau bagaimanapun jumlah bilik darjah masih tidak mencukupi . Maka waktu persekolahan dua sesi (pagi dan petang) terpaksa dijalankan .

Pada tahun 1994 telah dibina satu blok 3 tingkat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat . Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah , sebuah bilik komputer , bilik guru , bilik kemahiran hidup dan bilik sains . Sebuah bangunan khas untuk mata pelajaran muzik telah didirikan pada tahun 1995 .

Perubahan demi perubahan berlaku kepada SK Sinar Bahagia . Pada tahun 2001 satu blok bangunan 4 tingkat dibina di atas tapak bangunan lama (yang dirobohkan) . Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah , sebuah bilik komputer , sebuah perpustakaan , sebuah bilik tayang , sebuah bilik muzik , sebuah makmal sains , bilik mesyuarat dan pejabat .

Pada tahun 2002 , bilik muzik lama telah diubahsuai menjadi bangunan pra-sekolah dan mula digunakan pada tahun 2003 . Pada Ogos 2009, dua buah blok 4 tingkat telah dibina bagi menggantikan blok lama yang dilengkapi 14 buah kelas, sebuah surau dan dewan terbuka. Bangunan baru ini telah siap pada Mei 2011.

Mulai sesi persekolahan tahun 2018, SK Sinar Bahagia kembali menjalankan satu sesi persekolahan kerana pengurangan jumlah murid yang semakin ketara.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013