Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

NAMA 2 ORANG JEPUN YG HARU BIRU

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI 2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA 3. Yang bisu - KITA TADASUARA 4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE 5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO 6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI 7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA 8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI 9. Yang masih gatal - ICHI BAWA 10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA 11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

BAHASA KITA

Perihal "kerana" dan "sebab" Banyak orang keliru dengan penggunaan perkataan "kerana". Sebagai contoh, banyak yang bertanya tentang ayat yang bermula begini: "Ini kerana ..." seperti dalam ayat "Ini kerana ibunya sakit." Bolehkah ayat seperti ini digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul? Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk "Ini kerana ..." jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, "This is because ..." Oleh itu, sebenarnya binaan ini bukan binaan bahasa Melayu sejati. Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa basahan, penggunaanbentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap berlaku. "Kerana" ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat "Dia tidak datang kerana ibunya sakit." Dalam ayat ini, "kerana" menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ay

SPSK.... SKSB BOLEH.....!!!

GPK 1 En Kamaludin sedang menyampaikan taklimat mengenai Audit Dalaman Sekolah Rintis SPSK... ( ISO ) . Kepada semua PK... diminta untuk bersiap sedia untuk menyiapkan tugas yang diberi sambil dibantu oleh AJK-AJK masing-masing. Taklimat ini telah disampaikan kepada semua guru SKSB pada hari Sabtu (24 hb Oktober ). Semoga dengan taklimat ini akan memantapkan lagi pemahaman guru untuk melaksanakan SPSK ini. Bersama-samalah kita membantu dan bekerjasama untuk menjayakannya.. semoga SK Sinar Bahagia terus cemerlang , gemilang dan terbilang.... "the best , among the best".

PERKHEMAHAN IBADAT 2009

Kem Komandan sedang memberi taklimat... Laaaa... si jeri tu buat ape plakkk...?? Dengar ceramah ke buat ape... Para peserta perkhemahan ibadat ... tekun mendengar ceramah.... Tahniah kepada panitia Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan Kem Perkhemahan Ibadat bagi tahun 2009 ini. Semoga para peserta perkhemahan ibadat ini mendapat ilmu serta memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.

Anak En Arfaizal@Sensei

nama : Iman Hannan bt Arfaizal Ucapan tahniah kepada Arf aizal n Zakiah dr kami keluarga SKSB

Berita dari Sensei

Kehadiran puteri sulung dalam keluarga kami…. Assalamu’alaikum wrt. wbt. Apa khabar semua ikhwati nun jauh di kejauhan. Rasanya masih tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Eidul Fitri buat semua guru-guru dan kengkawan di SKSB. Disusun sepuluh jari ku pohon kemaafan dari salah silap, tersalah laku sepanjang kita bersahabat dan sama-sama bertugas. Saya pun sudah lama maafkan salah kawan-kawan (kalau ada la)... Saya ingin berkongsi berita gembira. Alhamdulillah isteri saya,Noor Zakiah selamat melahirkan zuriat kami yang kedua, Iman Hannan pada 14 Syawal (3 Oktober 2009) jam 4.35 petang di Pusat Perubatan Keluarga Majlis Ugama Islam Pahang secara normal setelah kena induce lebih kurang tujuh jam. Berat Iman Hannan 2.97kg, berat 200 gram dari abang dia, Mu’az. Saya melihat kesukaran isteri saya sepanjang tempoh mula sakit sehingga selamat bayi dilahirkan dan begitu teruja dengan ketabahan beliau menghadapinya. Begitulah ibu kita semua semasa melahirkan kita dulu dan perkara ini henda

Sambutan Hari Raya BKGKT SKSB 2009

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKSB telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli BKGKT SKSB 2009. Semoga majlis ini diteruskan pada masa-masa akan datang. Guru-guru menikmati hidangan yang disediakan iaitu nasi campur, sate dan buah-buahan.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN "MICRO TEACHING"

Pada 10.Oktober 2009.. Guru-guru SKSB telah menjalani LDP ( Micro Teaching). Pada awal slot kami dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan sesi pagi dan kumpulan sesi petang. Selepas itu kami menonton tayangan video. Kami dikehendaki mencari kekuatan dan kelemahan serta membuat rumusan pada micro teaching itu. Setiap kumpulan diminta membuat bengkel perbincangan mengenai kekuatan , kelemahan dan rumusan. Hasil daripada perbincangan itu , setiap kumpulan diminta membuat pembentangan dalam bentuk Power Point. 4 kumpulan membentang hasil perbincangan masing-masing... mantap , bernas dan meyakinkan Mendengar sambil berbincang.....!!! Sambil menyiapkan hasil perbengkelan dalam bentuk power point ,para domain sedang sibuk memuatnaik bahan ke dalam blog....

SELAMAT BERTUGAS DI SARAWAK

Pada bulan september , SKSB telah mendapat seorang guru ganti bagi menggantikan cikgu Mustapa yang berkursus selama 1 bulan. Namanye..Shahrul Anuar B Aziman... alaaaaa.. anak guru besar Taman Muhhibah... Baru-baru ni beliau mendapat surat penempatan pertamanya sebagai seorang guru di Sarawak. Pihak guru-guru SKSB mengucapkan tahniah dan selamat bertugas. Yang penting sebagai seorang guru , kita mestilah sanggup menghadapi apa jua cabaran dan ... masa muda-muda ini lah kita perlu mencari pengalaman.... Oklah .. semoga sukses sentiasa...

PROGRAM MARHABAN BKGKT SKSB 2009

Biro agama BKGKT SKSB dengan kerjasama Panitia Agama Islam telah menganjurkan aktiviti marhaban sepanjang bulan syawal ini. Ramai ahli BKGKT SKSB yang melibatkan diri dalam program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ahli-ahli BKGKT SKSB kerana sudi mengambil bahagian sepanjang aktiviti marhaban ini berjalan. Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim di kalangan ahli BKGKT SKSB serta dapat berkenalan dengan seisi keluarga para ahli. Di samping itu, dapatlah kita kunjung mengunjung sesama kita..... Ketua rombongan Ust Ahmidin .. menyampaikan ucapan .. bernas dan jitu...!!!. master... ayah misali.... Terima kasih kepada tuan rumah ... layanan mesra , makanan yang enak serta persembahan yang istimewa... sesuatu yang sukar dilupakan...

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PENGAMBILAN NOVEMBER 2009 A. IKLAN PERMOHONAN Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Mode Kursus Dalam Cuti. 1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS 1.1 Warganegara Malaysia. 1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 23 November 2009 iaitu lahir paada atau selepas 23 November 1964. 1.4 Telah disahkan dalam ja

MENGENAL KEDAI MEMAKAI PELARIS HARAM

Sekadar memanjangkan. Mengenali kedai makan pakai pelaris haram Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada.... Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusa