Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

PENCAPAIAN TERBAIK OLAHRAGA SKSB

Tahniah kepada adik Mohd Faishal B Abd Rauf kerana telah menduduki tempat ke-3 dalam acara lari 100 meter lelaki B peringkat MSSJ yang telah dilangsungkan di Stadium Muar, Johor. Pencapaian ini adalah pencapaian terbaik team olahraga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurus pasukan cikgu Asraf dan jurulatih yang lain atas kejayaan ini. Walaupun tidak terpilih untuk mewakili Johor ke peringkat MSSM, namun ke-3 keseluruhan L10 amat membanggakan. Semoga pencapaian lebih gemilang pada masa-masa akan datang. Tahniah sekali lagi diucapkan.

PASUKAN TENIS MARA KE PERINGKAT MSSM

Kecil-kecil cili padi..... baru darjah 4 Tahniah .... teruskan Naib Johan Seluruh Negeri Johor.... Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan tenis SKSB kerana telah mencipta sejarah gemilang apabila ahlinya Nur Filzah Bt Suparman telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan peringkat MSSJ yang diadakan di Kolej Martikulasi Tangkak , Ledang Muar. Dalam pertandingan akhir itu peserta ini telah dikalahkan oleh Nurfarhana mewakili daerah Johor Bahru... Walaupun menduduki tempat ke-2 , ini merupakan kejayaan yang amat besar bagi SKSB kerana belum pernah ada sejarah SKSB memenangi dalam acara Tenis. Adik Nur Filzah Suparman akan mewakili negeri Johor ke pertandingan MSSM yang bakal diadakan sama ada di Terengganu atau Perlis. Tidak lupa ucapan tahniah ditujukan kepada jurulatih merangkap pengurus pasukan iaitu Ustaz Mohd Zaki kerana dengan bimbingan dan pimpinan beliau telah menghasilkan kejayaan ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan... semoga kejayaan berganda menant

TAHNIAH PENERIMA APC 2009

Tahniah kepada penerima APC bagi tahun 2009 iaitu :- 1. En Mohamad B Riduan 2. Pn Zainah Bt Mohd Sabri 3. Pn Siti Zaliha Bt Rahmat 4. Pn Harlina Bt Abd Samad Semoga ini boleh menjadi perangsang kepada staff SKSB untuk bekerja lebih baik dan cemerlang dari semasa ke semasa.

TAHNIAH CIKGU SITI ZALIHA RAHMAT

Tahniah diucapkan kepada cikgu Siti Zaliha Bt Rahmat kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 15.04.2010.. Semoga dengan kedatangan insan baru ini akan memberi seribu rahmat kepada beliau seisi keluarga.

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR FASA 1

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSB telah menganjurkan teknik menjawab soalan UPSR untuk semua murid tahun 6 SKSB dari 13 - 15 April 2010. Murid-murid didedahkan cara dan teknik menjawab soalan yang betul serta cara menjawab yang membolehkan mereka memperoleh markah yang maksimum. Para fasilitator pula terdiri dalam kalangan guru-guru SKSB sendiri. Dengan ini diharapkan agar murid-murid itu dapat menghayati dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa menjawab soalan yang bakal menjelang amnya dan UPSR khususnya.

PASUKAN BOLA SKSB TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Inilah dia barisan pasukan bola sepak terbaik sepanjang zaman... telah memenangi banyak piala sehingga tidak terkira... huhuhu... Duduk dari kiri: Suzaimi , Azarizan, seranggo , abe tompok , Adha , Heri Poter , Jebeng.... Berdiri dari kiri : Jemi , Pendi Ganu, Sontoyo Pakku, Romai , Faizurin..

KENANGAN GURU-GURU SKSB

Gambar ini diambil semasa Guru Besar Tuan Haji Mohd Othman B Talib mula-mula berkhidmat di sekolah ini. Ramai antara guru yang ada di dalam gambar itu telah berpindah ke tempat baharu. Semoga mereka semua berbahagia di tempat mereka berada sekarang. Al-Fatihah kepada allahyarhamah Pn Ramlah , semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman...

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010 telah diadakan pada 3 April 2010 ( Sabtu ). Majlis telah diadakan di kawasan kantin SKSB kerana dewan telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Permai Tuan Haji Kamarulzaman Bin Ali. Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hjh Noribah Bt Amat Kalam kerana telah dilantik semula dengan sebulat suara oleh ibu bapa penjaga murid yang hadir untuk mengetuai barisan kepimpinan PIBG bagi sesi 2010/2011.. Semoga kerjasama erat yang selama ini terjalin akan terus diperkukuhkan demi kebaikan anak-anak Felda Taib Andak..