Skip to main content

PASUKAN TENIS MARA KE PERINGKAT MSSM


Kecil-kecil cili padi..... baru darjah 4


Tahniah .... teruskan


Naib Johan Seluruh Negeri Johor....

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan tenis SKSB kerana telah mencipta sejarah gemilang apabila ahlinya Nur Filzah Bt Suparman telah berjaya merangkul Naib Johan dalam pertandingan peringkat MSSJ yang diadakan di Kolej Martikulasi Tangkak , Ledang Muar. Dalam pertandingan akhir itu peserta ini telah dikalahkan oleh Nurfarhana mewakili daerah Johor Bahru...

Walaupun menduduki tempat ke-2 , ini merupakan kejayaan yang amat besar bagi SKSB kerana belum pernah ada sejarah SKSB memenangi dalam acara Tenis. Adik Nur Filzah Suparman akan mewakili negeri Johor ke pertandingan MSSM yang bakal diadakan sama ada di Terengganu atau Perlis. Tidak lupa ucapan tahniah ditujukan kepada jurulatih merangkap pengurus pasukan iaitu Ustaz Mohd Zaki kerana dengan bimbingan dan pimpinan beliau telah menghasilkan kejayaan ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan... semoga kejayaan berganda menanti pasukan ini.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.