Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Pertandingan Rekacipta Kemahiran Hidup SKSB 2009

Kami guru SKSB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan reka cipta. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang telah memenangi pertandingan itu. Kepada mereka yang kurang bernasib baik , berusahalah dengan lebih tekun pada lain masa, semoga kejayaan akan menjelang jua....!!!

SELAMAT MENJALANI UJIAN FORMATIF 2

Selamat Menjawab soalan Ujian Formatif 2. Murid-murid sedang tekun menjawab soalan yang disediakan. Doa kami semoga semua murid dapat menjawab soalan yang disediakan dengan betul.

Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Selesema Babi / Influenza A (H1N1)

Kenyataan Media Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Selesema Babi / Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah Kenyataan Akhbar 1. Sepertimana kita sedia maklum, bilangan kes yang telah disahkan positif jangkitan penyakit Influenza A (H1N1) telah meningkat di negara kita. Pada 22 Jun lalu sebanyak empat (4) kes pertama yang melibatkan murid sekolah telah di kesan di beberapa buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Dua buah sekolah iaitu SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SK Asunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan tutup selama seminggu. 2. Manakala murid-murid di dua buah sekolah di negeri Selangor iaitu SMK Seksyen 9 dan SMK Damansara Utama di mana seorang daripada rakan di dalam kelas mereka telah disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1), dan telah mendapat rawatan di hospital. Walaubagaimanapun kedua-dua buah sekolah ini tidak ditutup. 3. Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk meyakinkan kepa

PROGRAM MOTIVASI NADWAH ISLAMIAH PENERIMA BANTUAN KWAPM/SBT - 2009

Jabatan Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor telah menganjurkan program Motivasi Nadwah Islamiah bagi murid-murid yang menerima bantuan KWAPM dan SBT di negeri Johor. Daripada lebih 30,000 murid-murid yang menerima bantuan tersebut hanya 360 sahaja daripada mereka terpilih untuk menyertainya. 2 0rang daripadanya ialah pelajar dari sekolah kita. Malangnya hanya seorang sahaja yang menyertainya. Mereka telah dibahagikan kepada 2 Zon. Zon 1 melibatkan daerah Pontian , Kota Tinggi , Johor Bahru , Pasir Gudang dan Mersing . Program ini dijalankan pada 1 - 3 Julai 2009 bertempat di Hotel Seri Mersing , Mersing . Zon 2 pula melibatkan daerah Muar , Segamat , Batu Pahat , Kluang dan Kulai . Program berlangsung pada 13 - 15 Julai 2009 , bertempat di Hotel Straits Meredian , Melaka. Murid-murid ini sungguh bertuah kerana mereka menikmati pelbagai kemudahan bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu dengan keadaan ekonomi keluarga masing-masing. S

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR

Kopok...!! kopok...!! . mari beli...!!! . Kak Adah buat promosi....mace gaye Cik Ayu Kelate tuhhhhhh....!!! Bila tengah mengadap keropok losong , lupe segalenye.....!!!! JOM GANU KITEEEEE......!!!! Amboi....!!! beria sakan membeli....... Beli jangan tak beli...!!!! Selepas melawat Uztaz Zaki, peserta rombongan telah melawat ke Rantau Panjang untuk membeli-belah barang keperluan. Kami juga sempat melawat tempat-tempat menarik yang lain seperti membeli keropok lekor di Losong Terengganu. Di samping itu , pelbagai perkara yang melucukan berlaku sepanjang lawatan itu ... antaranya kisah seluar koyak nampak punggung , kisah penjual makanan ringan .. Cik Ayu... yang menjadi gurauan hangat sepanjang perjalanan balik ke Kulai.... dan yang berita sedihnya seorang peserta diserang sakit perut selepas melawat ustaz sehingga terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Ucapan terima kasih saya hulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam men

PROGRAM MENZIARAHI USTAZ ZAKI

Terima kasih kepada keluarga Cikgu Zakiah Muhamad di Felda Selasih, Besut , Terengganu kerana menyediakan sarapan yang enak serta buah-buahan untuk kami . ( Ini antara gambar yang dapat ditangkap ) kami dilarang menangkap gambar. Curi-curi tangkap. Sudah hampir 2 minggu Ustaz Zaki terlantar , Begitu sedih dan pilu apabila ustaz memeluk Aiman... Nama itulah disebut-sebut sebelum ni. ( Sesampai di Kulai , saya mendapat sms berbunyi : Alhamdulillah ,t.ksh atas lawatan dan derma buat ustz, hari ni ustz semkin sihat dh boleh tukar wad. Wayar kencing dh dibuka hanya drip utk masuk air dn ubat saja masih guna. Dh boleh makan bubur nasi. Akak bagi pihak ustz dn kluarga bterima ksh diatas prhatian dn sokongan semua.Kami juga minta maaf jika ada salah kami smasa lawatan semalam. Smlm ustz brtanya kn aiman.Aiman g mana ? Jwb akak aiman dh balik.Trmenung kejap....... SALAM dari kami buat semua. ) Pada mesyuarat BKGKT yang lalu memutuskan untuk menghantar beberapa orang guru melawat Ustaz Zaki y

HARI KELUARGA 2009

Hari Keluarga 2009..... Salam kepada warga SKSB. Berdasarkan kepada mesyuarat BKGKT yang telah diadakan pada hari Selasa ( 7.7.09 ) telah memutuskan bahawa anggaran perbelanjaan untuk menyertai hari keluarga mengikut ketetapan berikut :- Ahli BKGKT : Ditanggung sepenuhnya ** Ahli keluarga : 1. Suami , Isteri , - RM 60.00 Sahaja. 2. Anak-anak - RM 20.00 Sahaja. Kesimpulannya setiap ahli BKGKT yang ingin menyertai Hari Keluarga tahun 2009 hanya dikehendaki membayar RM 80.00 sahaja jika ingin membawa ahli keluarga, tanpa mengira berapa jumlah ahli keluarga yang dibawa. Sehubungan dengan itu , saya selaku pengerusi BKGKT 2009 menyeru semua ahli BKGKT SKSB menyertai Hari Keluarga kita yang akan diadakan mengikut tetapan di bawah:- Tarikh : 1 Ogos 2009 Hari : Sabtu

LAUGHTER THE BEST MEDICINE

Selamat Pagi Cikgu Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu!

UPPM 3

Assalamualaikum, Kepada semua murid Tahun 6 dan Guru-guru mengajar Tahun 6, marilah kita bekerja keras untuk menghadapi UPPM 3 yang akan berlangsung pada 14, 15 dan 16 Julai yang akan datang. Semoga keputusannya nanti menjadi petunjuk yang baik untuk menghadapi UPSR sebenar nanti. Ayahanda yakin guru-guru sekalian dapat menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Moga kerja keras kalian akan diberkati oleh Allah s.w. Ayahanda Man Talib.