Skip to main content

PROGRAM MOTIVASI NADWAH ISLAMIAH PENERIMA BANTUAN KWAPM/SBT - 2009





Jabatan Perdana Menteri Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Johor telah menganjurkan program Motivasi Nadwah Islamiah bagi murid-murid yang menerima bantuan KWAPM dan SBT di negeri Johor. Daripada lebih 30,000 murid-murid yang menerima bantuan tersebut hanya 360 sahaja daripada mereka terpilih untuk menyertainya.


2 0rang daripadanya ialah pelajar dari sekolah kita. Malangnya hanya seorang sahaja yang menyertainya. Mereka telah dibahagikan kepada 2 Zon. Zon 1 melibatkan daerah Pontian , Kota Tinggi , Johor Bahru , Pasir Gudang dan Mersing. Program ini dijalankan pada 1 - 3 Julai 2009 bertempat di Hotel Seri Mersing , Mersing. Zon 2 pula melibatkan daerah Muar , Segamat , Batu Pahat , Kluang dan Kulai. Program berlangsung pada 13 - 15 Julai 2009 , bertempat di Hotel Straits Meredian , Melaka.

Murid-murid ini sungguh bertuah kerana mereka menikmati pelbagai kemudahan bagi memastikan pembelajaran mereka tidak terganggu dengan keadaan ekonomi keluarga masing-masing. Sepanjang 3 hari berada di hotel , murid-murid ini telah didedahkan kepada Teknik Menjawab Soalan UPSR, Program Motivasi dan Keagamaan. Selain itu, murid ini juga dapat menikmati bagaimana rasanya tidur dan juadah yang disediakan di hotel. Semoga program ini dapat menyediakan pelajar-pelajar ini untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013