Skip to main content

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 :

Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah

Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam.

2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.

3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran, yang telah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi pegawai-pegawai awam seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 bertarikh 18 Februari 1985, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sumber : Pekeliling KPM KP(BS) 8591/Jld.XVII (7) 7 Jun 2001

Pekeliling Kegiatan Kokurikulum Pada Hari Sabtu

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/2005 (PETIKAN..)

3. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pemuafakatan Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 4/2005 telah bersetuju bahawa:

3.1 Sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum ) dalam masa lima ( 5 ) hari bekerja hendaklah meneruskannya; dan


3.2 Sekolah-sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan ( akademik dan kokurikulum ) dalam masa lima ( 5) hari bekerja disebabkan faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan lain-lain sebab, boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat TIDAK melebihi dua kali Sabtu dalam sebulan.

4. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengenalpasti sekolah-sekolah yang menghadapi masalah untuk melaksanakan program pendidikan ( akademik dan kokurikulum ) dalam tempoh lima hari bekerja dan memaklumkan kepada Bahagian Sekolah supaya langkah-langkah perlu boleh diambil dengan segera untuk mengatasi masalah tersebut.

5. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Datu/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.