Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

MESYUARAT AWAL TAHUN 2011

Selamat bercuti kepada semua guru SKSB, Yang menyambung pelajaran, Selamat Belajar, moga berjaya Jangan lupa hadir ke Mesyuarat Awal Tahun 2011 pada 27.12.2010 / Isnin Jadual Mesyuarat : 8.00 pagi : Pengurusan Am 10.00 pagi : Kudapan 10.30 pagi : Kurikulum, HEM, Koko,Hal-hal lain 1.00 tgh : Makan Tengahari Daripada Ayahanda

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SK SINAR BAHAGIA... KEPADA PARA PENDIDIK, MESYUARAT AWAL TAHUN IALAH PADA 27 DISEMBER 2010.. DATANG JANGAN TAK DATANG... KEPADA MURID-MURID... KEPERLUAN BUKU TULIS BOLEH DIBELI MENGIKUT TARIKH YANG TELAH DITETAPKAN DALAM SURAT KEPERLUAN 2011. PERSEKOLAHAN TAHUN 2011 AKAN BERMULA PADA 3 JANUARI 2011.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010

Pada 19 November 2010 hari Jumaat SK Sinar Bahagia telah mengadakan majlis Anugerah Cemerlang kepada murid-murid yang menunjukkan kemajuan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sukan dari pra sekolah hinggalah ke tahun 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Tosrin Bin Jarvanthi , Pegawai Penerangan Timbalan Perdana Menteri. Ramai ibu bapa penjaga yang hadir ke majlis ini. Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SKSB , Pengerusi PIBG SKSB, Tuan Pengurus Felda Taib Andak dan kemuncaknya oleh Tuan Haji Tosrin sendiri. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Haji Tosrin kerana kesudian beliau untuk hadir dan merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang. Tidak lupa kepada ibu bapa penjaga yang sungguh perihatin dengan kemajuan anak masing-masing. Akhir sekali kepada AJK majlis , tanpa kerjasama semua, pastinya majlis tidak akan berjaya dilaksanakan.

JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6

Terima kasih dan salam perpisahan daripada kami... itu antara ucapan yang disampaikan oleh wakil murid tahun 6 semasa majlis Jamuan Tahunan Tahun 6 diadakan. Kami guru-guru SK Sinar Bahagia juga mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6 2010 yang akan melangkahkan kaki ke alam sekolah menengah pada 2011 semoga kamu semua akan terus berjaya pada masa-masa akan datang.

JADUAL PEMBELIAN BUKU

IBU BAPA PENJAGA BOLEH MEMBELI BUKU KEPERLUAN SESI PERSEKOLAHAN 2011 ANAK-ANAK TUAN-TUAN MENGIKUT KETETAPAN DI BAWAH :- TARIKH : 20.12.2010 hingga 24.12.2010 27.12.2010 hingga 31.12.2010 TEMPAT : MAKMAL SAINS SKSB MASA : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Ibu bapa / penjaga diminta membawa surat senarai keperluan persekolahan 2011 jika hendak membeli barang-barang yang diperlukan. Ibu bapa/ penjaga juga digalakan untuk membawa wang secukupnya agar memudahkan urusan jual beli. Kerjasama daripada pihak ibu bapa / penjaga adalah amat dhargai. Sekian , terima kasih. Jika terdapat apa-apa keraguan sila hubungi Pn Rohana Bt Rahmat ( 0137215659 )

UPSR 2010

Kami guru-guru SK Sinar Bahagia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2010. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pendorong kepada kamu untuk berusaha dengan lebih gigih dan mengekalkan tahap pencapaian kau pada masa-masa akan datang. Sekali lagi , tahniah diucapkan.

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010

Pada 12 hingga 14 November 2010 , SKSB telah mengadakan program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform. Seramai 100 orang murid yang mewakili 5 unit beruniform iaitu Pengakap , Persatuan Bulan Sabit Merah , Tunas Puteri , Puteri Islam dan KRS telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pada tahun ini , tapak perkhemahan telah diadakan di Hutan Bandar , Bandar Putra Kulai. Fesiliti tempat perkhemahan ini lengakap dengan segala keperluan untuk aktiviti tersebut disediakan. Sepanjang program perkhemahan ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan yang mencabar minda dan fizikal pelajar. Syukur alhamdulillah segala program yang dirancang telah berjaya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Terima kasih diucapkan kepada semua guru SKSB kerana telah bekerjasama , tolong-menolong untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MPKu atas segala kerjasama yang telah diberikan. Semoga kerjasama ini akan terjalin dari semasa ke semasa.

PAMERAN ANTI DADAH 2010

Kaunseling SK Sinar Bahagia dengan kerjasama Unit Anti Dadah Polis Daerah Kulai telah mengadakan progam Anti dadah bersempena PASCA UPSR ini. Murid-murid tahun 6 telah didedahkan kepada bahaya dadah dan kesannya jika dadah itu diambil. DI samping itu, pihak polis juga telah menerangkan akibat dari segi perundangan jika mempunyai dadah. Semoga pameran dan penerangan seperti ini akan dapat diadakan pada masa-masa akan datang.

UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010 Seramai 131 orang pelajar SKSB telah menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September yang lepas. Berikut ialah analisis keputusan peperiksaan tersebut.. Peratus keseluruhan : 73.3 % Pencapaian 5 A : 14 orang Pencapaian 4 A 1B : 6 Orang Pencapaian 4A 1C : 1 orang Pencapaian mengikut Subjek : Bahasa Melayu Pemahaman 011 : 95.4 % Bahasa Melayu Penulisan 012/1 : 96.9 % Bahasa Inggeris : 81.7 % Matematik : 87.0 % Sains : 96.2% Ta hniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dengan pencapaian yang cemerlang semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang, kepada yang tidak berjaya ini merupakan langkah pertama masih ada lagi peluang untuk memperbaiki pencapaian ... usaha lagi... Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang diketuai Puan Hjh Noribah dan AJKnya... Pihak Pengurusan Felda Taib Andak .. serta guru-guru yang bekerjasama serta saling membantu untuk meraih kejayaan in

UPSR 2010

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid di atas kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 5 A pada peperiksaan UPSR 2010. Pelajar yang memperoleh 4A 1 B ... Tahniah dan Syabas diucapkan..

10 Sebab Komputer Hang

Info IT, kenapa komputer/laptop anda selalu hang? Kalau dah hang, ubatnya ada 2 jer: 1. Ctrl+Alt+Delete - Start Task Manager - Klik pada program yang ‘not responding’ - End Task Jika Task Manager pun tak boleh run 2. Force Reset. Tekan butang reset atau butong ‘power’ selama 15 saat dan komputer anda terus shut down, tetapi shut down cara paksa ini akan menyebabkan hardisk anda ‘koyak’ juga perisian berlaku error. Apa penyebab komputer hang? Klik --> http://www.isuhangat.net/2010/11/10-sebab-komputer-hang/#more-2808