Skip to main content

UPSR 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Seramai 131 orang pelajar SKSB telah menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September yang lepas. Berikut ialah analisis keputusan peperiksaan tersebut..

Peratus keseluruhan : 73.3 %

Pencapaian 5 A : 14 orang

Pencapaian 4 A 1B : 6 Orang

Pencapaian 4A 1C : 1 orang

Pencapaian mengikut Subjek :

Bahasa Melayu Pemahaman 011 : 95.4 %

Bahasa Melayu Penulisan 012/1 : 96.9 %

Bahasa Inggeris : 81.7 %

Matematik : 87.0 %

Sains : 96.2%

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dengan pencapaian yang cemerlang semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang, kepada yang tidak berjaya ini merupakan langkah pertama masih ada lagi peluang untuk memperbaiki pencapaian ... usaha lagi...

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG yang diketuai Puan Hjh Noribah dan AJKnya... Pihak Pengurusan Felda Taib Andak .. serta guru-guru yang bekerjasama serta saling membantu untuk meraih kejayaan ini. Semoga kejayaan ini akan terus dapat dikekalkan atau lebih cemerlang , gemilang dan terbilang pada masa-masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.