Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

TRANFORMASI SKSB

Hampir 70 % siap ... dah nampak bentuk sebenar bangunan baru itu.

LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN SKSB 2010

Pada 30 Jun , pihak Bomba daerah Kulaijaya telah hadir ke SK Sinar Bahagia untuk mengadakan latihan keselamatan kebakaran dan demonstrasi memadamkan kebakaran. Hasil pemantauan itu pelbagai perkara yang telah ditegur demi memperbaiki kelemahan-kelemahan dari segi peralatan dan sistem keselamatan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bomba Kulaijaya kerana sudi untuk memberikan taklimat dan memantau sistem keselamatan di sekolah ini. Semoga kerjasama ini dapat diterus dan diadakan pada masa-masa akan datang.

PERTANDINGAN UREKA REE

Syabas diucapkan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan UREKA yang telah diadakan di SMK Taman Puteri Kulai. Walaupun tidak dapat menduduki 3 tempat terbaik tetapi semangat untuk menyertai dan bertanding dengan pasukan lain merupakan pengalaman yang berguna kepada mereka yang menyertainya. Tahniah sekali lagi kepada para peserta , guru-guru dan Panitia Sains SK Sinar Bahagia. Semoga akan dapat menghasilkan reka cipta yang lebih keratif dan inovatif pada masa-masa akan datang.

PROGRAM MOTIVASI UNTUK MURID-MURID UPSR 2010

Pada hari Sabtu bersamaan 26 Jun yang lalu , unit kaunseling SK SInar Bahagia telah menganjurkan program Motivasi kepada semua murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Unit Kaunseling telah menjemput Tuan Haji Zulrahim Bin Haji Yusof dari sekolah Kopok, pasir Gudang untuk menjalankan program ini. Semoga dengan adanya program ini akan menambahkan keyakinan dan jati diri murid-murid untuk menghadapi segala cabaran sebelum dan sehinggalah semasa menduduki peperiksaan UPSR nanti.

LAWATAN KE PAMERAN IT DI PERSADA JOHOR BAHRU

Pada 22 Jun, Panitia Sains SKSB telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Persada Johor. Di situ telah diadakan pameran IT yang meliputi pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Lawatan ini telah diketuai oleh cikgu Roslan Yatiman sebagai ketua rombongan dan dibantu oleh 4 orang guru pengiring. Seramai 40 orang murid tahun 6 telah menyertai program ini. Pelbagai sumber pengetahuan dapat diperolehi antaranya menguji minda, pameran bahan-bahan IT dan sains. Di samping itu , peserta rombongan sempat juga melawat ke Muzium Istana Johor. Memang banyak sumber informasi yang dapat diperoleh sepanjang berada di muzium itu. Semoga lawatan seperti ini akan diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

CALON UPSR 2010

6 IBNU SINA 6 IBNU BATTUTA 6 IBNU KHALDUN 6 IBNU ZHAR Kami guru-guru SKSB mendoakan semoga murid-murid tahun 6 2010 mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR 2010 serta dapat meningkatkan pencapaian keseluruhan seperti yang telah diperoleh pada tahun 2009.