Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

UNJURAN PENCAPAIAN UPSR SKSB 2011

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN : 97.5 % BAHASA MELAYU PENULISAN : 97.5 % BAHASA INGGERIS : 82.2 % MATEMATIK : 93.2 % SAINS : 97.5 % JUMLAH LULUS : 97 / 118 ORANG PERATUS LULUS : 82.2 % JUMLAH 5 A : 20 ORANG Semoga unjuran ini menjadi realiti dengan kerjasama semua pihak daripada Pentadbir , guru-guru , PIBG dan Ibu Bapa Penjaga murid tahun 6 2011.

GPK PETANG YANG BAHARU

PUAN HAJAH JAWARMAH BTE WAGIO merupakan GPK Petang yang baharu menggantikan Puan Aishah Bt Hj Ariffin yang berpindah ke SK Kulai Kg Melayu. Semoga semua guru SKSB umumnya dan guru sesi petang khasnya memberikan kerjasama yang erat dan padu kepada beliau.

MAJLIS PERPISAHAN DAN SELAMAT DATANG

PATAH TUMBUH , HILANG BERGANTI.... adat dalam perkhidmatan sebagai guru... tidak kira di mana kita ditugaskan , di situlah kita mencari rezeki di samping berkhidmat memberikan ilmu kepada anak-anak didik kita. Kepada yang berpindah , selamat bertugas di tempat baharu diucapkan , kepada yang baru datang ke SKSB .. selamat datang , semoga anda bahagia bersama kami di sini.

AUDIT AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA 2011

Audit Akademik bersama Ibu Bapa Pelajar SKSB 2011 telah diadakan pada 22 Januari 2011 yang lalu. Seramai 113 daripada 118 ibu bapa penjaga murid tahun 6 2011 telah hadir ke majlis ini. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa penjaga yang hadir yang menunjukkan keperihatinan mereka kepada perkembangan akademik anak-anak mereka. Majlis telah dimulakan dengan ucapan dan taklimat daripada Tuan Haji Mohd Othman Bin Talib Guru Besar SK Sinar Bahagia, disusuli oleh ucapan daripada YDP PIBG SKSB Pn Hjh Noribah Bt Amat Kalam dan di akhiri dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Kota Tinggi iaitu Encik Abdul Rahim B Aris, kaunselor SMK Taman Kota Jaya. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Siti Azminah selaku cikgu kaunseling SKSB yang begitu komited kepada tugasnya memikirkan program-program yang berkesan sepanjang tahun 2011 ini. Begitu juga kepada guru-guru tahun 6 dan PIBG semoga dengan kerjasama yang berterusan akan meningkatkan lagi kecemerlangan akademik SKS

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2011

Pada 21/1/2011 kursus kepimpinan pengawas telah diadakan untuk semua pengawas SKSB sesi pagi dan petang. Tujuan kursus ini diadakan untuk mempertingkatkan kefahaman murid ketika menjalankan tugas mereka sebagai pengawas. Seramai 68 orang pengawas telah terlibat dalam kursus ini. Semoga para pengawas SKSB 2011 dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Sekalung tahniah kepada Badan Pengawas dan Disiplin atas kejayaan program ini.

RENUNGAN KITA BERSAMA

APAKAH BATU BESAR SAYA...???? Mungkin anda sudah mendengar cerita ini, hanya sebagai refresh sahaja. Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar. Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!” Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar. Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah pen

AHLI BARU SKSB 2011

Ahli baru SK Sinar Bahagia. Yang di sebelah kiri ialah Cikgu Razif Bin Abdul Rahim mengajar di sesi pagi. Berasal dari Kuala Kangsar Perak manakala di sebelah kanan pula Cikgu Mohd Azree Salfee Bin Abd Aziz mengajar di sesi petang. Beliau pula anak jati negeri Johor.

KELAS PENDIDIKAN KHAS

Mulai Januari 2011 mutu pendidikan SK Sinar Bahagia semakin berkembang dengan wujudnya kelas pendidikan khas. Dengan wujudnya kelas ini maka murid-murid yang berkeperluan khas dapat di didik dengan lebih sempurna. Kelas ini dibawah kelolaan Pn Nuru Huda iaitu guru baharu di sekolah ini yang mempunyai tauliah sebagai guru pendidikan khas. Lokasi kelas ini ialah di bilik surau yang lama. ( surau telah dipindahkan ke rumah guru ) Jumlah murid berkeperluan khas setakat ini 3 orang. Diharapkan ibu bapa penjaga yang mempunyai anak berkeperluan khas mendaftarkan anak mereka ke kelas ini agar mereka mendapat pendidikan yang lebih sempurna.