Skip to main content

AUDIT AKADEMIK BERSAMA IBU BAPA 2011












Audit Akademik bersama Ibu Bapa Pelajar SKSB 2011 telah diadakan pada 22 Januari 2011 yang lalu. Seramai 113 daripada 118 ibu bapa penjaga murid tahun 6 2011 telah hadir ke majlis ini. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa penjaga yang hadir yang menunjukkan keperihatinan mereka kepada perkembangan akademik anak-anak mereka.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan dan taklimat daripada Tuan Haji Mohd Othman Bin Talib Guru Besar SK Sinar Bahagia, disusuli oleh ucapan daripada YDP PIBG SKSB Pn Hjh Noribah Bt Amat Kalam dan di akhiri dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas dari Kota Tinggi iaitu Encik Abdul Rahim B Aris, kaunselor SMK Taman Kota Jaya.

Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Siti Azminah selaku cikgu kaunseling SKSB yang begitu komited kepada tugasnya memikirkan program-program yang berkesan sepanjang tahun 2011 ini. Begitu juga kepada guru-guru tahun 6 dan PIBG semoga dengan kerjasama yang berterusan akan meningkatkan lagi kecemerlangan akademik SKSB. Semoga SKSB terus bersinar dengan lebih cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013