Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

MAJLIS SERAH ILMU MURID UPSR 2016

AHAD, 28 OGOS - Satu Majlis Serah Ilmu sempena UPSR 2016 telah dijalankan di Dewan Sinar, SKSB. Majlis dihadiri oleh tetamu jemputan iaitu YDP PIBG, En. Izwan bin Salleh. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat kepada para calon UPSR 2016 untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir. Restu daripada para guru yang mendidik dapat memberi satu anjakan kepada calon-calon ini supaya segala yang dipelajari, diberkati oleh Allah SWT. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.