Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Cuti Mingguan Di Johor Ditukar Ke Jumaat, Sabtu

DYMM Sultan Ibrahim 23 Nov. - Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan. "Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur. "Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa. "Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda. Sultan Ibrahim bert

DEMI PEMBANGUNAN LAIN RUMAH GURU DIROBOHKAN SETELAH BERPULUH TAHUN BERKHIDMAT...

UPSR 2013

                                                              CALON MENDAPAT 5A   CALON MENDAPAT 4 A 1 B     TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG BERJAYA MEMPEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. KEPADA YANG TIDAK USAHA LAGI KERANA UPSR HANYALAH LANGKAH YANG PERTAMA.

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

KAKITANGAN SKSB

CIKGU LELAKI DAN PEREMPUAN SKSB

Makluman Penjualan Buku & Alat Tulis Tahun 2014

Kepada: Ibu Bapa/Penjaga Murid-Murid SK Sinar Bahagia Tuan, MAKLUMAN PENJUALAN ALAT TULIS TAHUN 2014 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman ibu bapa, jadual penjualan alat tulis tahun 2014 adalah seperti berikut: ISNIN - KHAMIS (16-19 DISEMBER 2013) MASA: 8.30 PG - 12.30 TGH TEMPAT: MAKMAL SAINS, SKSB (bersebelahan pejabat) JUMAAT (20 DISEMBER 2013) MASA: 8.30 PG - 11.30 PG TEMPAT: MAKMAL SAINS, SKSB (bersebelahan pejabat) 3. Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga dapat melakukan urusan tersebut mengikut ketetapan masa seperti yang telah dinyatakan. 4. Pihak kami mengharapkan pihak ibu bapa/penjaga dapat menguruskan pembelian alat tulis tersebut agar anak-anak dapat meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran tahun 2014 dengan baik dan teratur. Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, t.t MOHD. HAZEYHAN BIN TOTOR GPK 1 SK SINAR BAHAGI

Maal Hijrah 1435

Salam Maal Hijrah 1435 buat semua warga SK Sinar Bahagia Kulaijaya. Semoga tahun baharu ini mendatangkan tuah dan barakah buat warga sekolah.