Mulai Januari 2011 mutu pendidikan SK Sinar Bahagia semakin berkembang dengan wujudnya kelas pendidikan khas. Dengan wujudnya kelas ini maka murid-murid yang berkeperluan khas dapat di didik dengan lebih sempurna. Kelas ini dibawah kelolaan Pn Nuru Huda iaitu guru baharu di sekolah ini yang mempunyai tauliah sebagai guru pendidikan khas.
Lokasi kelas ini ialah di bilik surau yang lama. ( surau telah dipindahkan ke rumah guru ) Jumlah murid berkeperluan khas setakat ini 3 orang. Diharapkan ibu bapa penjaga yang mempunyai anak berkeperluan khas mendaftarkan anak mereka ke kelas ini agar mereka mendapat pendidikan yang lebih sempurna.
Comments
Post a Comment