Skip to main content

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010











Pada 12 hingga 14 November 2010 , SKSB telah mengadakan program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform. Seramai 100 orang murid yang mewakili 5 unit beruniform iaitu Pengakap , Persatuan Bulan Sabit Merah , Tunas Puteri , Puteri Islam dan KRS telah terlibat dalam perkhemahan ini. Pada tahun ini , tapak perkhemahan telah diadakan di Hutan Bandar , Bandar Putra Kulai. Fesiliti tempat perkhemahan ini lengakap dengan segala keperluan untuk aktiviti tersebut disediakan.

Sepanjang program perkhemahan ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah diadakan yang mencabar minda dan fizikal pelajar. Syukur alhamdulillah segala program yang dirancang telah berjaya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru SKSB kerana telah bekerjasama , tolong-menolong untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MPKu atas segala kerjasama yang telah diberikan. Semoga kerjasama ini akan terjalin dari semasa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH MINIT CURAI

Seperti kebiasaan apabila seseorang guru menghadiri sesuatu mesyuarat sudah menjadi kebiasaan minit curai perlu disediakan. Minit curai ini bukanlah seperti mana minit mesyuarat. Formatnya lebih ringkas. Berfungsi untuk melaporkan dapatan kursus atau mesyuarat kepada Guru Besar/Pengetua. Berikut adalah contoh format minit curai yang boleh dikongsi bersama. Minit Curai 1. Tajuk : 2. Tarikh : 3. Masa : 4. Tempat : 5. Pengerusi : 6. Wakil Bahagian : 7. Perkara-perkara penting yang telah dibincang/dipersetujui : 7.1. 7.2. 7.3. 8. Tindakan Sekolah/Implikasi kepada Sekolah : 8.1. 8.2. 8.3. Di sediakan oleh, ……………………………………………

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013