Kopok...!! kopok...!!. mari beli...!!!.
Kak Adah buat promosi....mace gaye Cik Ayu Kelate tuhhhhhh....!!!
Bila tengah mengadap keropok losong , lupe segalenye.....!!!!
JOM GANU KITEEEEE......!!!!
Amboi....!!! beria sakan membeli....... Beli jangan tak beli...!!!!
Selepas melawat Uztaz Zaki, peserta rombongan telah melawat ke Rantau Panjang untuk membeli-belah barang keperluan. Kami juga sempat melawat tempat-tempat menarik yang lain seperti membeli keropok lekor di Losong Terengganu.
Di samping itu , pelbagai perkara yang melucukan berlaku sepanjang lawatan itu ... antaranya kisah seluar koyak nampak punggung, kisah penjual makanan ringan .. Cik Ayu... yang menjadi gurauan hangat sepanjang perjalanan balik ke Kulai.... dan yang berita sedihnya seorang peserta diserang sakit perut selepas melawat ustaz sehingga terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Ucapan terima kasih saya hulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan rombongan yang tidak dijangka ini. Terutama kepada tuan guru besar Tn Hj Othman B Talib yang sentiasa memberi perangsang dan kerjasama untuk menjaya program ini. Kepada cikgu Aftipah yang begitu komited untuk memastikan kejayaan program dan rakan-rakan guru yang lain, ibu bapa / penjaga serta murid-murid. Tanpa kerjasama anda semua sudah pasti program ini tidak dapat dijayakan.
Bagi saya objektif lawatan ini tercapai walaupun punggung kami kebas dan pinggang bagai rasa nak patah kerana perjalanan yang memakan masa yang lama. Kami dapat menziarahi Ustaz Zaki dan dapat melawat beberapa tempat. Rombongan ini akan menjadi ingatan selamanya.
Apapun ... syukur kepada Allah , kami selamat sampai ke Kulai pada pagi hari Ahad 12.7.2009.
Comments
Post a Comment