Terima kasih kepada keluarga Cikgu Zakiah Muhamad di Felda Selasih, Besut , Terengganu kerana menyediakan sarapan yang enak serta buah-buahan untuk kami .
( Ini antara gambar yang dapat ditangkap ) kami dilarang menangkap gambar. Curi-curi tangkap. Sudah hampir 2 minggu Ustaz Zaki terlantar , Begitu sedih dan pilu apabila ustaz memeluk Aiman... Nama itulah disebut-sebut sebelum ni.
( Sesampai di Kulai , saya mendapat sms berbunyi : Alhamdulillah ,t.ksh atas lawatan dan derma buat ustz, hari ni ustz semkin sihat dh boleh tukar wad. Wayar kencing dh dibuka hanya drip utk masuk air dn ubat saja masih guna. Dh boleh makan bubur nasi. Akak bagi pihak ustz dn kluarga bterima ksh diatas prhatian dn sokongan semua.Kami juga minta maaf jika ada salah kami smasa lawatan semalam. Smlm ustz brtanya kn aiman.Aiman g mana ? Jwb akak aiman dh balik.Trmenung kejap....... SALAM dari kami buat semua. )
Pada mesyuarat BKGKT yang lalu memutuskan untuk menghantar beberapa orang guru melawat Ustaz Zaki yang kini terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan. Tetapi kerana terdapatnya idea daripada rakan-rakan lain , maka satu rombongan yang tidak dijangka sebelumnya telah berjaya dibuat dan dilaksanakan.
Kami telah berjaya mengadakan rombongan segera itu dengan hanya mengenakan bayaran tambang sahaja. Untuk pengetahuan semua program ini dirancang dan dilaksana dalam masa 3 hari sahaja... terima kasih kepada syarikat bas "Pelangi Sewarni" serta pemandunya yang begitu mesra dan memberi layanan yang baik kepada kami sepanjang program itu berjalan.
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Cikgu Zakiah Muhamad dan keluarganya kerana sudi menyediakan sarapan pagi kepada kami , ketika kami singgah di Felda Selasih , Besut Terengganu.
Suasana sedih menyelubungi para peserta rombongan ketika melawat Ustaz Zaki. Dia hanya terbaring di katilnya. Keadaanya amat lemah sekali, berbanding ketika dia sihat... memandang kami seperti dia tidak pernah melihat kami.. Semua anak murid yang ikut mengalirkan air mata. Ingatannya masih belum pulih sepenuhnya.
Menurut doktor yang saya temui , beliau menyatakan Ustaz Zaki dijangkiti demam kepialu. Kemungkinan beliau mendapat jangkitan itu ketika berada di Kelantan atau ketika dia memancing. Jangkitan itu telah menyebabkan demam panas dan gangguan buah pinggangnya. Alhamdulilah ketika kami sampai jangkitan itu telah dapat dikawal cuma ingatannya sahaja mengambil masa untuk pulih kembali. Doa kami semoga Ustaz Zaki cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah swt.
Di sini saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih daripada kakak dan ibu serta keluarga Ustaz Zaki kerana keprihatinan Guru-guru dan murid-murid SKSB yang begitu perihatin atas kesihatannya , dan kesanggupan datang menziarahi serta sumbang daripada pelbagai pihak untuk Ustaz Zaki. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas ... kata beliau.
Comments
Post a Comment