

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSB telah menganjurkan teknik menjawab soalan UPSR untuk semua murid tahun 6 SKSB dari 13 - 15 April 2010. Murid-murid didedahkan cara dan teknik menjawab soalan yang betul serta cara menjawab yang membolehkan mereka memperoleh markah yang maksimum. Para fasilitator pula terdiri dalam kalangan guru-guru SKSB sendiri. Dengan ini diharapkan agar murid-murid itu dapat menghayati dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa menjawab soalan yang bakal menjelang amnya dan UPSR khususnya.

Comments
Post a Comment