Mesyuarat Agung PIBG 2010 telah diadakan pada 3 April 2010 ( Sabtu ). Majlis telah diadakan di kawasan kantin SKSB kerana dewan telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Adun Bukit Permai Tuan Haji Kamarulzaman Bin Ali.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hjh Noribah Bt Amat Kalam kerana telah dilantik semula dengan sebulat suara oleh ibu bapa penjaga murid yang hadir untuk mengetuai barisan kepimpinan PIBG bagi sesi 2010/2011.. Semoga kerjasama erat yang selama ini terjalin akan terus diperkukuhkan demi kebaikan anak-anak Felda Taib Andak..
Comments
Post a Comment