KURSUS DALAM PERKHIDMATAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI PENGAMBILAN NOVEMBER 2009 |
|
A. | IKLAN PERMOHONAN | |||
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah, Mode Kursus Dalam Cuti. |
1. | SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS | ||||
1.1 | Warganegara Malaysia. | ||||
1.2 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. | ||||
1.3 | Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 23 November 2009 iaitu lahir paada atau selepas 23 November 1964. | ||||
1.4 | Telah disahkan dalam jawatan. | ||||
1.5 | Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa. | ||||
1.6 | Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. |
2. | SYARAT TAMBAHAN | ||||
2.1 | Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dalam bidang pengajian yang dipohon. | ||||
2.2 | Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun, KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme, dan kursus lain yang berkaitan). | ||||
2.3 | Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kegiatan luar. | ||||
2.4 | Kesihatan yang baik. | ||||
2.5 | Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini iaitu markah melepasi 85% keatas. | ||||
2.6 | Telah membuat pengisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. |
3. | CALON TIDAK LAYAK MEMOHON | ||||
3.1 | Calon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Prasarjana Muda Pengajaran. | ||||
3.2 | Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib. |
4. | KETERANGAN PROGRAM | ||||
| : | Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Bagi Guru Terlatih Bukan Siswazah | |||
| : | 23 November 2009 - Disember 2013 | |||
| : | Kursus Dalam Cuti (KDC) | |||
|
| ||
5. | CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN |
5.1 | Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja melayari Internet http://www.moe.gov.my | ||||
Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut di atas untuk meneliti e-Panduan Permohonan dan memahami dahulu cara-cara membuat permohonan secara Dalam Talian ini. | |||||
5.2 | Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat mulai 05 Oktober 2009. | ||||
5.3 | Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja. | ||||
5.4 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | ||||
5.5 | Calon perlu cetak borang permohonan yang telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Borang permohonan yang telah lengkap(mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri) hendaklah dihantar oleh pemohon ke :
| ||||
5.6 | Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen sokongan yang lain semasa mengemukakan permohonan ke JPN dan ke BPG. Cetak senarai semak untuk rujukan. | ||||
5.7 | Calon dikehendaki menyimpan satu salinan borang permohonan yang telah dicetak untuk rujukan peribadi. |
6. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN | ||
6.1 | Permohonan PGSR Ambilan November 2009 ini ditutup pada 25 Oktober 2009. | ||
7. | KEUTAMAAN | ||
Calon-calon yang memenuhi kriteria-kriteria berikut akan diberi keutamaan. | |||
7.1 | Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon. | ||
7.2 | Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesional yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas satu tahun, KDP 14 minggu dan kursus-kursus lain yang berkaitan). | ||
7.3 | Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan. | ||
7.4 | Telah menghasilkan bahan atau memberi sumbangan ilmiah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. | ||
7.5 | Sihat tubuh badan, serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian. | ||
7.6 | Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang atau baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini. |
8. | PENDAFTARAN | ||
Calon yang berjaya ditawarkan tempat untuk mengikuti Program ini akan dikehendaki mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 23 November 2009 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. | |||
9. | YURAN PENGAJIAN | ||
Yuran pengajian akan ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang tempoh pengajian (4 Tahun). Calon hanya perlu membayar RM250.00* (ringgit: dua ratus lima puluh sahaja) setahun bagi tujuan bayaran modul pembelajaran, bayaran perpustakaan dan lain-lain yang berkaitan kursus (butiran lengkap bayaran akan diberi semasa pendaftaran kursus). * Jumlah bayaran adalah tertakluk kepada pindaan. | |||
10. | IKATAN PERJANJIAN GURU | ||
Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | |||
11. | MAKLUMAT TAMBAHAN | ||
(i) | Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui internet untuk mengetahui kelayakan dan tawaran ke kursus. | ||
(ii) | Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar bidang pengajian dan menempatkan calon-calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG). | ||
(iii) | Pemohon yang berjaya akan diberi kelulusan bagi mengikuti kursus semasa cuti sekolah dengan bergaji penuh dan dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. | ||
(iv) | Peserta yang mengikuti PGSR ini tidak dibenarkan menerima biasiswa atau tajaan dari agensi lain. | ||
(v) | Peserta yang ditawarkan ke program PGSR dikehendaki lulus Malaysia University English Test (MUET). Peperiksaan boleh diambil sebelum tamat tempoh pengajian. MEREKA YANG ADA PELUANG TU... MOHON ... JANGAN TAK MOHON... PELUANG SEKALI AJE DALAM SEUMUR HIDUP KITA. |
Comments
Post a Comment