Skip to main content

Berita dari Sensei







Kehadiran puteri sulung dalam keluarga kami….

Assalamu’alaikum wrt. wbt.

Apa khabar semua ikhwati nun jauh di kejauhan. Rasanya masih tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Eidul Fitri buat semua guru-guru dan kengkawan di SKSB. Disusun sepuluh jari ku pohon kemaafan dari salah silap, tersalah laku sepanjang kita bersahabat dan sama-sama bertugas. Saya pun sudah lama maafkan salah kawan-kawan (kalau ada la)...

Saya ingin berkongsi berita gembira. Alhamdulillah isteri saya,Noor Zakiah selamat melahirkan zuriat kami yang kedua, Iman Hannan pada 14 Syawal (3 Oktober 2009) jam 4.35 petang di Pusat Perubatan Keluarga Majlis Ugama Islam Pahang secara normal setelah kena induce lebih kurang tujuh jam. Berat Iman Hannan 2.97kg, berat 200 gram dari abang dia, Mu’az.

Saya melihat kesukaran isteri saya sepanjang tempoh mula sakit sehingga selamat bayi dilahirkan dan begitu teruja dengan ketabahan beliau menghadapinya. Begitulah ibu kita semua semasa melahirkan kita dulu dan perkara ini hendaklah kita ambil hikmah di sebaliknya. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kesakitan seorang ibu semasa sakit hendak bersalin.

Semoga dengan kehadiran Iman Hannan dapat memeriahkan lagi keluarga kami dan meramaikan lagi ummat Nabi Muhammad SAW. Terima kasih atas doa kalian semua. Ada rezeki boleh saya bawa Iman Hannan pi FTA, jumpa sahabat semua. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.