Skip to main content

GOTONG ROYONG KECERIAAN KELAS TAHUN 1
















 
Pada 28/12/2013(Sabtu ) pihak sekolah telah mengadakan program gotong-royong bersama-sama dengan ibu bapa penjaga murid-murid SK Sinar Bahagia untuk menceriakan kelas murid-murid tahun 1. Kelas-kelas yang terlibat ialah tahun 1 Ibnu Sina, 1 Ibnu Batutah dan 1 Ibnu Zhar.

    






Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa penjaga murid yang sudi hadir untuk menjayakan program ini. Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa penjaga yang sudi untuk menyumbang cat dan tenaga agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 





Program ini bertepatan dengan program Sarana Ibu Bapa yang menggalakkan  penglibatan mereka dan pihak luar ke dalam  aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga program yang baik ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PEKELILING PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS DAN KEGIATAN KOKURIKULUM PADA HARI SABTU

PEKELILING BERKENAAN PAKAIAN SEWAKTU BERTUGAS SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2001 : Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Sejak kebelakangan ini terdapat guru-guru lelaki di sekolah-sekolah kerajaan yang memakai jubah dan berserban semasa bertugas di bilik darjah atau ketika menghadiri upacara rasmi di sekolah dan di luar sekolah. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, pakaian jubah BUKANLAH dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja bagi pegawai-pegawai awam. 2. Sehubungan dengan itu, jika sekiranya guru-guru ini tidak mahu memakai seluar panjang dan berbaju kemeja (tali leher digalakkan), maka bolehlah mereka memakai pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam. 3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 198...

Barisan Guru-Guru SK Sinar Bahagia Tahun 2013

Lokasi PPD Kulai

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kulai kini beroperasi hampir sepenuhnya di lokasi baru bertempat di: No.459-461, Jalan Kenangan 29/13, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa urusan yang masih beroperasi dari Lokasi Lama di Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya, iaitu: a. Unit Kewangan. b. Unit ICT c. Urusan Surat Menyurat (Pigeon Hole) Sekolah, Faks dan telefon. Usaha sedang dijalankan untuk memindahkan kesemua urusan berkenaan ke lokasi baru secepat mungkin. Segala kesulitan amat dikesali. Sila muaturun Pelan Lokasi di portal PPD Kulai ( www.ppdkulai.com ) untuk kemudahan anda. Klik Kanan pada grafik dan pilih "Save Picture As..." atau "Save Image As..." Pelan ini juga boleh diakses di Laman Utama pada ruangan LOKASI KAMI . HARAP MAKLUM.